Seorang wanita yang baru memulakan perniagaan cetakan baju meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan penguatkuasa yang bertugas di kawasan tersebut. Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook, wanita itu mendedahkan seramai enam orang pengetuakuasa telah datang ke premisnya untuk meminta duit ‘poket’ dan beberapa barang seperti baju dan topi yang dijualnya.
Tidak hanya itu, ahli penguatkuasa lain telah datang sekali lagi untuk memberi saman gara-gara premisnya masih belum mendapatkan lesen. Menjelaskan perkara itu, wanita tersebut memaklumkan bahawa perniagaannya masih belum mendapatkan lesen kerana beberapa dokumen masih sedang diproses. "Eh habis tu semalam yang aku bayar duit kau mintak tu apa? Ambik barang-barang, walaupun aku kata meniaga online. Tu semua barang sample. Aku tak jual baju ready. Nak jugak tau amik," katanya. Dalam pada itu, wanita berkenaan berkata dia mempunyai bukti video rakaman litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan pihak penguatkuasa yang meminta rasuah tersebut.
"Korang makan duit haram bagi anak bini keluarga dan diri sendiri. Duit tak halal. Konon nak tolong settle. Alih-alih, harini datang org lain saman. Hebat betul dunia sekarang," tambahnya lagi. Sumber: Beautifulnara
|
ADVERTISEMENT