CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Rasa Diri Ini Sangat Hina,"- Janna Nick Dah Minta Maaf Kepada Ustaz Wadi

19-6-2023 06:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4832| Komen: 74

Janna Nick akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung isu kehadiran Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub yang membaca doa di majlis resepsi perkahwinannya.

Kata Janna niatnya menjemput pendakwah popular berkenaan untuk memohon keberkatan kepada Allah SWT agar urusan perkahwinannya itu berjalan lancar.




Janna bagaimanapun tidak menyangka kehadiran Ustaz Wadi menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak sehingga pendakwah itu dikecam hebat oleh netizen.

"Tujuan saya menjemput ustaz ke majlis adalah kerana pada malam sebelum hari pernikahan kami adakan bacaan doa selamat dan Yasin. Malam itu juga dia ada menyampaikan ceramah bertajuk 'memimpin isi rumah ke syurga'.

"Saya undang dia ke majlis perkahwinan sekali dan tak tahu kalau dalam Islam ini orang dah jemput wajib datang. Apa-apa pun saya minta maaf... saya sedar itu kelalaian dan kesilapan saya yang mana majlis itu tidak sesuai dengan kehadiran Ustaz Wadi.


"Niat saya cuma memohon keberkatan meminta seorang ustaz yang tinggi ilmu agamanya untuk mendoakan perkahwinan saya," katanya kepada mStar.



Bagaimanapun Janna berkata dia enggan lagi memanjangkan isu berkenaan memandangkan masing-masing telah membuat penjelasan.

Janna juga memberitahu dia sudah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada pendakwah berkenaan.

"Ustaz Wadi dah buat penerangan bagi pihak dia dan saya pun tak nak panjangkan perkara ini kerana saya menghormatinya dan para ulama yang berada di Malaysia sebab mereka adalah ilmuan yang mengajar dan menyampaikan ilmu kepada kita.

"Saya sebagai orang yang cetek ilmunya ini sangat menghormati mereka, saya rasa diri ini sangat hina jika dibandingkan dengan mereka.

"Saya juga telah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Ustaz Wadi... kalau dia pun sudah maafkan saya harap semua boleh hentikan isu ini," jelasnya.


Berkongsi momen indah semasa majlis perkahwinannya itu, Janna berkata dia terkejut dengan kehadiran mengejut aktor dari Indonesia iaitu Baim Wong.

Janna berkata awalnya dia mendapat tahu Baim tidak dapat menghadiri majlisnya kerana akan berangkat menunaikan ibadah haji.

"Saya sangat terharu dengan kehadiran Baim Wong dia datang itu sebagai kejutan sebab dia ada maklumkan tak dapat datang kerana tunaikan haji.

"Dia adalah orang pertama yang saya beritahu semasa saya nak berkahwin sebab dia jauh di Indonesia... kami agak rapat cuma tak uar-uarkan di media sosial.

"Dia sampai pukul 11 malam di Kuala Lumpur pada sehari sebelum saya nikah... dia telefon saya untuk bertanya lokasi pernikahan saya," ceritanya.


Pada 10 Jun lalu, Janna dan suami iaitu Dini atau Dini Azan Schatzmann, 29, disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid A'isyah Sungai Menghulu, Pulau Langkawi.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Janna iaitu Muner Abdullah dengan bersaksikan pengerusi masjid berkenaan, Othman Yahya.


Pada majlis tersebut Janna menerima mas kahwin sebanyak RM2,603 berserta seutas rantai emas. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik_penguin 19-6-2023 06:49 PM
Alaaa awalnya masuk ????
Quote dudaberhias 19-6-2023 07:20 PM
ok lah tu dia minta maaf...

cepat2 buat baby dan melambung sampai ke syiling yach...
acik2 semua tengah nantikan baby mix swiss campur pelarian pattani kena hempuk dengan siam tu...

kami tak heran pun anak mix bangla dengan hindu maratha tu akan keluar bila... dah ada nama pun makcik2 who are yusss kan...

kami semua menantikan anak yenna n poji nawawi mix...
semoga anak keluar nanti ala2 thai n kpop actor/actress gittuhh untuk mengganti hero2 atau heroin2 rhoper biawak dan sesumpah kat TV3 dan astro tu...

yang billie 2.0 tu acik2 tak expect apa pun sebab dah boleh agak bila keluar2 nanti pun rhoper pinggan kemek jah...

Quote Purplehaz 19-6-2023 07:21 PM
Yg penting jemput dulu..pastu apa2 bleh mintak maaf kemdian...kann Janna

Quote KamikuP 20-6-2023 08:33 AM
Moga berbhagia buat JN dan somi.. aaminn (wpon meollss x minat JN tapi doakan baik2 yaach utk yg baru kawen)
Quote red_velvet 20-6-2023 08:40 AM
Ustad hadir sebagai jemputan n tukang baca doa, habis tugad dia dia pun balik.. janna dah memang gitu diri dia. Takkan sebab ustad datang nak suruh dia berkelubung.. dah memang dia free hair n suka tayang lemak peha.. netizen je melebih2... Ustad pum bkn maksum n pasti dah menundukkan pandangan
Quote lasagna 20-6-2023 08:49 AM
just nak tau, camne muka parents si dini ni ek?
tak datang ke? tak nmpk plak muka apak mat salleh dia tu dlm mana2 gambar. atau ada, ke camne?
Quote puanserama 20-6-2023 08:51 AM
comel nya janna dan hubby.. congrats both..
Quote kucingitam 20-6-2023 08:58 AM
netizen lah terpaling alim., agaknya masa kecik2 dulu selalu main kat kaki ayah masa ayah tgh solat.... bagus janna ni dia nak juga minta maaf. ada satu makhluk tu, dah la kahwin x ikut sop..melangkawi untuk menilai karpet pun tak minta maaf..
Quote rosedemon 20-6-2023 09:06 AM
yelah jannah semoga ke janah ya
Quote pocongkiutss 20-6-2023 09:10 AM
Bagus juga JN ni tak ego..mintak maap

Btw lawanya pic JN bertudung dgn muka tak bermekap / mekap tipis tu
Quote ketambangkang 20-6-2023 09:23 AM
pd aku pakaian janna biase2 je, xde la mencolok mata sgt..nurtijen pon
Quote krustykrab 20-6-2023 09:35 AM
red_velvet replied at 20-6-2023 08:40 AM
Ustad hadir sebagai jemputan n tukang baca doa, habis tugad dia dia pun balik.. janna dah memang git ...

Rasanya org tk heran sgt kot jn free hair tu tp sb si mulut terkoyak tu dok jerit² kiss kiss buat mcm majlis org mcm dlm zoo.
Retis lain beware, kalau nk kawin nnt, bg tau sesiap jgn dok buat majlis org mcm zoo, jaga adab.
Quote Miawlover 20-6-2023 09:40 AM
Pelik betul netizen. Semuanya bkn maksum pun. Elok la tu janna jemput ustaz utk baca doa dimajlis dia, dibuatnya jemput tok sami siam lagi teruk plk. Ustaz tu dtg maknanya ok la bg dia, dia pun tahu tak semua tetamu yg tutup aurat sepenuhnya dan mcm2 ragam. Ustaz pndai la nk tundukkan pandangan dia, yg pntg tugas dia jalankan.
Quote aciksenah 20-6-2023 09:42 AM
ketambangkang replied at 20-6-2023 09:23 AM
pd aku pakaian janna biase2 je, xde la mencolok mata sgt..nurtijen pon

Ntahnya la..Bukannya seksi sgt pun. Over netizen bajet penghuni syurga semuanya. Ntah2 yang diorang dok kutuk tu berubah lagi baik dari diorang. Mulut suka mengutuk tu..pakai la baju 7 lapis pun, tabiat memang susah nak ubah dah..
Quote TomyamPuteh 20-6-2023 09:53 AM
Silap Jannah pi jemput si monyet Ain Edruce tuh. Lbh sudu dari kuah.
Quote TomyamPuteh 20-6-2023 09:54 AM
Aku dok tggu Kot2 la jannah nk blk mai buat kenuri belah tok, tok wan dia pulak. Blh la nk tgk dini dari dekat.
Quote alesandra 20-6-2023 10:06 AM
Saya rasa diri sgt hina..itu sindir ke apa tu?tak penah lagi aku dengar org jemput majlis perkahwinan yg kena mintak maaf.nabi mana la ajar tu agaknya?
Quote alesandra 20-6-2023 10:09 AM
lasagna replied at 20-6-2023 08:49 AM
just nak tau, camne muka parents si dini ni ek?
tak datang ke? tak nmpk plak muka apak mat salleh di ...

Ha'ah haritu aku tertgk program deyols kt astro pun tercari-cari gak parents kot ada sama.mcm sebatang kara je si dini
Quote bynroslan 20-6-2023 10:10 AM
dan tak tahu kalau dalam Islam ini orang dah jemput wajib datang.


Maksudnya ajak-ajak ayam ke?

whatever it is, iols tak la rasa seksi sangat baju dia, dress panjang pastu ada lace bahagian dada and lengan. pelik pelik betul netijen

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.423129 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top