Cik Bunga dari Utusan mendedahkan sudah ramai rakan-rakan industri seni menghidu hubungan skandal penyanyi wanita dengan pengurusnya. Difahamkan, khabar angin perhubungan mereka bermula sejak tiga empat tahun lalu dan berkemungkinan ‘cinta’ baru berputik dalam tahun-tahun kebelakangan ini.
Kata Cik Bunga, pasti ramai tidak menyangka jika dia mendedahkan identiti penyanyi bertudung berkenaan yang tangkap cinta dengan suami orang. Malah, ramai pelik apabila penyanyi berkenaan menghadiri majlis perkahwinan seorang selebriti tempatan kerana pengurusnya yang belum dikurniakan rezeki zuriat, tidak membawa isterinya hadir sama ke majlis tersebut memandangkan isterinya sendiri bukanlah orang luar dalam industri. Mengapa tidak membawa sekali isterinya dan hanya datang berdua dengan penyanyi wanita tersebut? Lebih mengejutkan, kenalan Cik Bunga mendakwa, kedua-duanya menetap di hotel sama.
Sudah lama orang berkata-kata, isteri pengurus tersebut tidak dapat hidu hubungan skandal suaminya sendiri ke? Tidak sedar ataupun malas mahu mengambil tahu? Atau mungkin juga dia sebenarnya ‘in denial’. - CARI
|
edoraixora replied at 19-6-2023 05:45 PM
takkan nabila razali
ke siti nordiana
edoraixora replied at 19-6-2023 09:45 AM
takkan nabila razali
ke siti nordiana
ADVERTISEMENT