Suami Fatin Afeefa, Opai menjadi bualan netizen selepas timbul dakwaan dia dipanggil oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tidak menggunakan nombor plat sebenar pada kenderaan jenis McLaren.
Bukan sahaja isu penggunaan nombor plat QPA1, malah sportcar berwarna hijau itu juga didapati didaftarkan atas nama orang lain. Susulan kontroversi tersebut, pemilik sebenar kereta berkenaan iaitu Hafiz Wasa tampil memberikan penjelasan berhubung perkara itu. Kata Hafiz, kenderaan mewah itu sudah menjadi milik Opai namun mereka masih belum berkesempatan melakukan proses penukaran nama disebabkan kekangan masa. "Ya saya pemilik kenderaan itu, tapi Opai dah beli kereta itu daripada saya pada November lalu. "Cuma kami belum lakukan penukaran pindah milik lagi sebab dia agak sibuk dengan urusan perkahwinan, umrah dan sedikit pembedahan. Semuanya masih dalam proses tapi bayaran dia dah selesaikan.
"Jadi itu memang kereta dia pun, pelik dengan netizen ni... mungkin sebab video Opai yang viral baru-baru ini menyebabkan ia jadi bualan," katanya kepada mStar.
|
purplelilac replied at 19-6-2023 09:34 PM
Berani btl opai beli kete mhl but still x tukar hak milik? Ketahian apakah ini??? Nak tipu pun agak2 ...
ADVERTISEMENT