Kuala Lumpur:Khairy Jamaluddin Abu Bakar sekali lagi menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik gambarnya bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Gambar itu dimuat naik di InstaStory Bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno tersebut kira-kira dua jam lalu, tanpa sebarang keterangan.
Kedua-dua individu berkenaan pula kelihatan tersenyum. Sebelum ini, media melaporkan, Khairy akan mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan PN bagi membincangkan berkaitan penyertaannya dalam gabungan politik itu. Muhyiddin pula dilaporkan berkata, beliau sudah menetapkan tarikh iaitu dalam minggu hadapan untuk perjumpaan itu diadakan. Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu sebelum ini dilaporkan menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kepada Khairy. Sementara itu, Ketua Penerangan Bersaru Datuk Razali Idris mengesahkan pertemuan Muhyiddin dan Khairy, namun enggan mendedahkan bila ia diadakan.
Beliau turut mengesahkan pertemuan itu diadakan di kediaman Muhyiddin bagi membincangkan tawaran Bersatu namun enggan mendedahkan keputusannya. "Memang ada pertemuan di rumah Tan Sri (Muhyiddin), namun kita tunggu nanti kenyataan Presiden. "Namun, saya sahkan Khairy tidak akan menubuhkan parti baru dan parti mana akan disertainya, kita tunggu kenyataan rasmi beliau sendiri," katanya kepada BH. -CARI Sumber: Harian Metro
|
mojarean_X replied at 20-6-2023 04:39 AM
KJ FOR SELANGOR MB
ADVERTISEMENT