Seorang pemilik kucing jenis British Short Hair mendedahkan kucing peliharaannya itu yang terpaksa mengambil ubat ‘anti depression’ disebabkan kemurungan. Menurut pemilik akaun Twitter bernama Dina, dia mula menyedari keadaan berat badan kucing yang diberi nama ‘Luna’ semakin susut dan kurang aktif.
“Saya mula perasan bila badan Luna susut dan tak aktif, saya terus bawa ke klinik haiwan dan doktor cakap memang berat dia turun. Mungkin sebab bosan atau tak dapat nak mengawan,” katanya. Menurutnya, kucing kesayangannya itu juga turut mengalami simptom lain seperti bulu gugur dengan banyak. Bagi merawat ‘Luna’, Dina, sering membawa kucingnya itu, berjalan-jalan menaiki kereta bagi menghilangkan rasa bosan dan menceriakan semula ‘Luna’. Dina juga bertindak dengan membela seekor lagi kucing bagi menemani kucing kesayangannya itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tidak mempercayai, kucing juga boleh berhadapan dengan situasi begini, sama seperti manusia. “Macam mana kucing pun boleh tertekan ni, kesian dekat Luna, Cepat sembuh tau,” komen seorang pengguna Twitter. “Comel betul ‘Luna’, tak ada hutang, tak ada kawan, tak ada bebanan pun boleh stres, apatah kita yang manusia ni,” komen Zainal. -CARI Sumber: Kosmo
|
dua_chzy replied at 19-6-2023 04:56 PM
Apa yang trigger menda ni ya? Takkan kucing ada perasaan kan? Survival instinct?
green~tea replied at 19-6-2023 06:41 PM
Kawan i bela british shorthair setahun lebih, meninggal sbb kena corona virus version kucing ... mcm ...
grouper replied at 19-6-2023 06:50 PM
Haiwan ada fitrahnya..mcm manusia gak. Bila nak ubah kejadian asal dia sebagai sebagai haiwan liar j ...
bakingsoda replied at 19-6-2023 08:25 PM
tahun bila tu sbb kalau skrg dah ada ubat. feline coronavirus tu banyak kucing yg ada tapi tak sem ...
primarikey replied at 19-6-2023 10:31 PM
Kucing iols bsh campur american curl...asyik la kena ngendap dgn kucing jantan jiran...gatal betul k ...
ADVERTISEMENT