Tumpat: Badan seorang lelaki hancur berkecai selepas dirempuh dan digilis kereta api di Kampung Palekbang di sini pada 12.40 tengah hari tadi. Mangsa dikatakan tidur di atas landasan sebelum dirempuh tren Ekspres Timuran dari Johor Bahru ke Tumpat itu.
Menurut saksi, Osman Mohd Yusof, 57, berkata, dia yang sedang minum di kedai kopi berhampiran terdengar bunyi hon kereta api yang sangat kuat dan terkejut apabila tren itu berhenti secara mengejut. "Saya terus menunggang motosikal menuju ke lokasi kereta api itu berhenti dan ternampak pemandunya turun dan saya bertanyakan apa yang berlaku. "Pemandu itu memberitahu dia terlanggar seseorang dan saya segera menuju ke lokasi kira-kira 300 meter dari tren itu untuk melihat keadaan mangsa. "Saya sangat terkejut melihat tubuh mangsa yang berkecai yang mana tubuh serta kepala lelaki itu terpisah malah cebisan daging kelihatan di merata-rata," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Osman berkata, dia juga ternampak pakaian termasuk kain pelikat yang dipercayai dipakai mangsa tertanggal akibat rempuhan kuat itu. Menurutnya, selepas itu dia bersama pemandu tren ke Balai Polis Palekbang untuk membuat laporan. Katanya, sepanjang menetap di kampung itu belum pernah berdepan lagi dengan kejadian ngeri itu sebaliknya hanya kemalangan biasa sahaja membabitkan penduduk kampung dengan kereta api. "Keadaan mangsa sangat mengerikan dan saya difahamkan sebahagian lagi anggota badannya terlekat di kepala tren dan dikutip pihak berkuasa di Stesen Keretapi Tumpat," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Kitty_catz: lorhhh ni masa meols kekecik d ...
asfaz replied at 19-6-2023 07:50 PM
Tgk kat telegram ada gambar2..uishhh memang berkecai terkeluar dalaman. .
ADVERTISEMENT