Tidak seperti kanak-kanak lain seusianya, kanak-kanak berusia 12 tahun ini matang seperti orang dewasa dan sanggup menggalas tanggungjawab untuk menjaga ibu yang terlantar sakit akibat diserang strok atau angin ahmar.
Kisah sedih kanak-kanak malang bernama Iman itu dikongsikan seorang guru, Mohd Fadli Salleh yang juga merupakan aktivis sosial Pertubuhan Kebajikan Dana Kita. "Seorang murid tahun 6, Iman didapati selalu tak hadir ke sekolah. Setelah sekolah siasat, rupanya anak ini menjaga emak yang strok. Bila Cikgu Zahran maklumkan pada aku kes ini, kami terus buat kunjung ziarah.
"Hantar lampin pakai buang, hantar makanan dan bagi bantuan. Selepas kunjungan dari pihak sekolah dan pihak Dana Kita hulur sumbangan, anak ini kembali rajin ke sekolah," kongsi Mohd Fadli dalam satu hantaran di Facebook. Menurut Mohd Fadli, sumber pendapatan keluarga Iman bergantung kepada kakak dan abangnya yang bekerja di sebuah kompleks beli-belah di ibu kota, memandangkan bapa mereka sudah meninggal dunia. "Kakaknya berusia 17 tahun berhenti sekolah sejak tingkatan satu kerana hidup susah. Abang dan kakak inilah yang kerja di M3 Mall untuk menyara emak dan adiknya. "Mujur Baitulmal MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) ada beri bantuan bulanan RM500 sebulan. Ringanlah sikit beban mereka. "Namun RM500 sebulan nak jaga orang strok, nak beli barang dapur, memang sangat-sangat tak cukup. Harap sangat ada pihak MAIWP ziarah keluarga ini dan nilai semula zakat bulanan itu. Kalau dapat naikkan sedikit lagi, syukur," kongsi Mohd Fadli. Tidak mahu kanak-kanak tersebut keciciran dalam pelajaran, Mohd Fadli berkata pihaknya menerusi Dana Kita akan menyalurkan bantuan keperluan pembelajaran. Besar harapannya mahu anak bongsu itu menghabiskan pelajaran hingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan terus semangat untuk mengubah nasib keluarga. Bagaimanapun, Mohd Fadli menyuarakan kebimbangan apabila mengetahui abang kanak-kanak tersebut sudah bertemu Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana tidak berdaya lagi untuk menjaga ibu mereka yang terlantar itu. "Bila maknya ke JKM, Iman dan Yaya juga JKM akan ambil kerana bawah umur. Maknya menangis cerita tadi, "Saya tak nak berpisah dengan anak-anak saya. Tapi saya terpaksa redha. Susah nak jaga saya ni". "Dilema juga aku tadi. In case maknya ke JKM, kalau boleh budak berdua ni tak perlu ke JKM boleh tak. Segala perbelanjaan budak berdua InsyaAllah kami cuba tanggung," tulisnya yang berhasrat untuk bertemu dengan Pengarah JKM bagi membincangkan hal ini. Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati terhadap kanak-kanak berkenaan malah ada yang turut menyuarakan hasrat untuk turut sama menghulurkan bantuan. Sumber: mStar
|
CoffeeOverdose replied at 19-6-2023 04:48 PM
Mana saudara mara belah arwah ayah dan belah mak budak2 ni? Semua lps tangan jer ke?
elnor_81 replied at 19-6-2023 06:23 PM
Biasa sedara mara ni..tya bab faraid je. Bab tanggungjawab lps tangan. Kebykn gitu ler.
CoffeeOverdose replied at 19-6-2023 04:48 PM
Mana saudara mara belah arwah ayah dan belah mak budak2 ni? Semua lps tangan jer ke?
mrseller replied at 19-6-2023 06:38 PM
Hukum dunia skrg sis, kalau sakit dan miskin lupakan lah saudara mara tu
CoffeeOverdose replied at 19-6-2023 09:17 PM
Sedihkan.. klu berharta org pandang tinggi.
elnor_81 replied at 19-6-2023 06:23 PM
Biasa sedara mara ni..tya bab faraid je. Bab tanggungjawab lps tangan. Kebykn gitu ler.
mrseller replied at 19-6-2023 10:20 PM
Kalau sakit ko jaga diri sendiri sis, jgn harap bini atau tok laki okay. Hope will bring u sadness ...
mrseller replied at 19-6-2023 10:20 PM
Kalau sakit ko jaga diri sendiri sis, jgn harap bini atau tok laki okay. Hope will bring u sadness ...
ina_na replied at 20-6-2023 12:01 AM
Btl..Aku dah rs dl..Lps ayah meninggal,mak msk wad mungkin sbb keletihan jaga ayah hampir sebulan ...
CoffeeOverdose replied at 19-6-2023 06:24 PM
Kesian betul.. kakaknya sampai keciciran pelajaran.
ketambangkang replied at 20-6-2023 09:02 AM
sedihnye kisah hidup u..sebak i baca
ADVERTISEMENT