Pelakon Azhar Sulaiman dalam temu bual bersama Gempak baru-baru ini menjelaskan kenyataan 'bodoh' terhadap anaknya, Kasih Iris Leona. Dedahnya, teguran yang selalu dititipkan buat anaknya, bukanlah satu hal yang sengaja dilakukan secara terbuka.
Apa yang dikongsikan di sosial media sebelum ini merupakan satu hal yang tidak serius dan dianggap sekadar hal yang ringan untuk netizen. “Saya pemain media sosial, Leona pemain media sosial. Saya pula memang suka komen pelbagai isu… politik, isu semasa dan hal-hal industri. Macam-macam topik. Jadi Leona antara topik yang muncul. “Kalau ada perkara yang saya nak marah atau tegur, akan ada dua. Satu kita tegur di rumah dan yang saya share di media sosial tentulah sesuatu yang tidak begitu serius dan ringan… for public consumption. “Takkanlah saya nak marah Leona jerit semua macam mana kita marah kat rumah, kita marah kat media sosial. It’s not nice lah,” kata Azhar kepada Gempak.
|
dudaberhias replied at 19-6-2023 04:48 PM
Ye ye lah tu mami...
Baik ko hempuk dan smackdown jah anak tu sebelum ko yang kena hempuk dan smack ...
ADVERTISEMENT