CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mulianya Hati Anzalna Nasir, Bantu Kumpul Dana Rawat Kanak-Kanak Derita Penyakit Jarang Jumpa

19-6-2023 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 341| Komen: 1

Anzalna Nasir bersimpati dengan nasib seorang kanak-kanak bernama Mas Muhammad Luth, 4, yang menghidap high grade glioma peringkat empat yang juga penyakit jarang ditemui di dunia.

Susulan itu, Anzalna mengambil inisiatif membantu mengumpulkan sejumlah dana bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan.


Foto: mStar

"Hati siapa yang tidak luluh apabila melihat kanak-kanak yang ceria tiba-tiba jatuh sakit. Paling menghibakan apabila penyakit tersebut jarang dijumpai dan amat sukar untuk diberikan rawatan.

"Saya memang sudah mengenali Luth sejak dari kecil lagi. Dia pun lebih kurang usia anak saya dan pastinya apa yang berlaku membuatkan saya terpanggil untuk mencari dana membantu dia mendapatkan rawatan sewajarnya untuk kembali pulih"” katanya kepada mStar.


Anzalna berkata ibu kepada Luth yang dikenali sebagai Hazirah merupakan kenalannya malah dia juga merupakan seorang ibu tunggal yang perlu menyara tiga orang cahaya mata yang lain.

Jelas Anzalna, emosi Hazirah terganggu memandangkan beban yang ditanggung ketika ini amat berat.


Berkongsi mengenai keadaan Luth, ibu kepada dua orang cahaya mata itu memberitahu penyakit yang dihadapi kanak-kanak berkenaan merupakan sejenis tumor di kepala yang agresif dan perlu dirawat dengan segera.

Malah sejak didiagnos pada 31 Januari lalu, Luth juga sudah menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada bahagian berkenaan namun keadaannya kini semakin lemah dan perlu segera dibawa bertemu doktor pakar di United Kingdom (UK).


"Memang dia sudah menjalani pembedahan dan rawatan susulan termasuklah radioterapi dan kemoterapi. Namun keputusan ujian MRI baru-baru ini menunjukkan keputusan yang kurang memberangsangkan.

"Paling menyedihkan apabila doktor memaklumkan bahawa kes yang berlaku kepada Luth amat jarang berlaku dalam dunia terhadap kanak-kanak.

"Hanya 10 peratus sahaja mampu bertahan dan peluang untuk hidup hanya satu tahun sekiranya tidak mendapat rawatan," kongsinya.

Dalam pada itu, Anzalna meletakkan harapan agar dapat mengumpulkan sejumlah dana agar Luth boleh dibawa ke luar negara untuk mendaparkan rawatan segera.

Foto: mStar

"Ibunya sendiri sudah mengeluarkan segala simpanan yang ada bagi mengumpulkan dana namun masih belum mencukupi. Jadi saya minta jasa baik semua pihak untuk membantu meringankan beban mereka.

"Dengan rendah hati dan keprihatinan rakyat Malaysia, saya yakin kita mampu mengumpulkan dana yang diperlukan. Hari ini mungkin mereka diuji, dugaan untuk kita belum tentu lagi. Semoga usaha kecil kita semua mampu menyelamatkan nyawa Luth," katanya lagi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 20-6-2023 08:58 AM
ok la tu anzlana ni bkn ada keja nk buat ko buat jela keja amal ek

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.029930 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top