CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Razali Datang Majlis Kahwin MK K-Clique Pakai Gaun Putih, Muat Naik Gambar Tapi Ramai Hairan Kenapa Tutup Ruangan Komen?

19-6-2023 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8616| Komen: 49

Selepas melangsungkan majlis pernikahan pada Jumaat, MK K-Clique bersama isterinya, Siti Hajaar mengadakan majlis resepsi di Hotel Wydham Acmar, Klang pada malam Sabtu.

Antara yang hadir adalah rakan duet MK menerusi lagu yang pernah mencipta fenomena, Peluang Kedua iaitu Nabila Razali.


Foto: IG

Nabila dilihat anggun mengenakan gaun serba putih polos dan digayakan dengan beg bimbit Christian Dior serta jam tangan berjenama Rolex.

Menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Nabila turut menzahirkan rasa apabila dapat menyaksikan momen indah sahabat baiknya itu.


“Tahniah Muhammad Hairi Amin dan Siti Hajaar. Saya amat berbesar hati kerana dapat menyaksikan momen indah ini.

“Such a lovely couple. Terima kasih kerana mengundang saya,” tulisnya.

Pada masa sama, Nabila turut berkongsi foto-foto yang sempat dirakam ketika menghadiri majlis berkenaan.


Bagaimanapun, tanpa mengetahui apa sebabnya, Nabila dilihat menutup ruang komen pada posting berkenaan.

Sekadar informasi, selepas hampir tiga tahun, lagu Peluang Kedua telah pun berjaya meraih lebih 41 juta tontonan di Youtube.


Terdahulu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan telah selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan pilihan hatinya yang juga merupakan usahawan, Siti Hajaar pada Jumaat. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lorra2411 19-6-2023 03:55 PM
Owh, dia ke artis yg gossip bercinta dgn laki org tu???
Quote Sazreena 19-6-2023 03:57 PM
Kalau wedding kokesen, hangin dorang if ada tetamu pakai baju putih. Ala-ala xnak overshadow la kekdahnya.
Quote bunnyj3lly 19-6-2023 04:10 PM
Sazreena replied at 19-6-2023 03:57 PM
Kalau wedding kokesen, hangin dorang if ada tetamu pakai baju putih. Ala-ala xnak overshadow la kekd ...

Hahaha.. betul. Melainkan laa dalam jemputan ada tulis host request dress code camane kan.. macam Janna haritu kawin
Quote tomaz 19-6-2023 04:18 PM
Lain macam.. tersakiti ke tu
Quote winky1 19-6-2023 04:28 PM
kurang ajerrrr....hahaha
Quote dudaberhias 19-6-2023 04:37 PM
Alahai kelindan lori bergigi mentos je nok... Tak heran pun kalau di rembat orang... Yang nak pun semua rhoper ikan belacak bawah parit yang di namakan mak kundur... Baling udang datang lah dia
Quote mawarkhayalan99 19-6-2023 04:42 PM
sheols frust ke tuuu
Quote Olumis 19-6-2023 04:57 PM
Nampak tua dan sedih ja muka nab... Takpe your time will come.
Quote hanihan16 19-6-2023 05:02 PM
pakai putih? bior betullll
Quote missbigrockstar 19-6-2023 05:25 PM
Aku ternampak nabila pula yg naik seri mcm pengantin. Kalau tukar position
Quote doubleharmonic 19-6-2023 05:39 PM
Olumis replied at 19-6-2023 04:57 PM
Nampak tua dan sedih ja muka nab... Takpe your time will come.

kan chuolss. iols pon tengok muka nab tu nampak tua. pakai pulak putih sama dengan pengantin dah nampak macam nab ni bini pertama nak sambut madu baru pulak kohkohkohhhh. raut muka sedih sebab kena berkongsi laki gituhhhh
Quote Dzahin_poch 19-6-2023 05:51 PM
Lorra2411 replied at 19-6-2023 03:55 PM
Owh, dia ke artis yg gossip bercinta dgn laki org tu???

Yg jantan tu pulak siapa? Iols masih samar2 hahahah
Quote kuzaime 19-6-2023 05:54 PM
Ada tengok kat ig nab pagi tadi. Motip nab post pic ala2 tgh kesat air mata??
Quote dua_chzy 19-6-2023 05:57 PM
DAH KUNAPA KO PAKE PUTIIIHHHHH
Quote she 19-6-2023 06:05 PM
Dia ke yang skandal dengan pengurus sendiri tu?
Quote Fly_over 19-6-2023 06:26 PM
Edited by Fly_over at 19-6-2023 11:49 PM

-sbb elak kena lahar netizen dia pakai putih?
-sbb nak mengelak komen psl gosip penyanyi skandal dgn manager?
Quote Suchi 19-6-2023 06:30 PM
Fly_over replied at 19-6-2023 06:26 PM
-sbb elak kena lahar netizen dia pakai putih?
pernah kan ada gosip si nab dgn mk ni. jd mcm tak patu ...

Dia tersilap baca dress code pada kad jemputan kot, hahah
Rupanya yg baju putih mejelis janna nick
Tp dia ada pi ke mejelis janna aritu?
Quote imanjannah 19-6-2023 06:41 PM
inikah yg d speku?
Quote Fly_over 19-6-2023 06:47 PM
Suchi replied at 19-6-2023 06:30 PM
Dia tersilap baca dress code pada kad jemputan kot, hahah
Rupanya yg baju putih mejelis janna nick ...

dia pi majlis janna. pastu gmbr kt majlis mk tu pic slide last skali ala2 mgesat air mata la pulak. eiii dia ni laa…

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.066139 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top