CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Tingkatan 4 Cemas, Kaki Tersangkut Di Longkang Konkrit

19-6-2023 02:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 334| Komen: 7

Sungai Buloh: Seorang pelajar tingkatan empat melalui detik cemas apabila kakinya tersangkut pada longkang konkrit kira-kira 20 minit sebelum dikeluarkan oleh pihak bomba.

Pelajar tersebut berhasrat untuk berteduh selepas menjalani aktiviti sukan tetapi tergelincir sebelum kakinya termasuk di celah besi dan konkrit.


Kejadian menimpa remaja perempuan berusia 16 tahun itu berlaku di padang sebuah sekolah menengah di Saujana Utama, di sini.

Anggota bomba mengeluarkan kaki seorang pelajar Tingkatan Empat yang tersangkut pada longkang konkrit di sebuah sekolah hari ini. - Foto BOMBA

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 10.30 pagi.

Beliau berkata, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi.


"Sebaik tiba, anggota bertugas mendapati tempat mangsa tersangkut adalah longkang konkrit saluran air di tepi padang sekolah.

Longkang itu berkedalaman kira-kira satu meter," katanya hari ini.

Kata Ehsan lagi, polis mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan kaki mangsa.

"Mangsa dikeluarkan tanpa mengalami sebarang kecederaan," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 19-6-2023 02:50 PM
Hahaha ni pernah terjadi kat kawan i masa kitarang kat itm arau gi intercampus sports.  Tapi tak panggil bomba la budak2 lelaki tolong angkat grill tu keluarkan kaki dia sambil dia jerit kasut ai kasut ai...tercabut dah terjatuh masuk longkang balik masa kuarkan kaki dia tu.  

My friend tu mmg halus tapi tengok adik ni baru form 4 alamak peha....
Quote Omai 19-6-2023 02:54 PM
Samerosie replied at 19-6-2023 02:50 PM
Hahaha ni pernah terjadi kat kawan i masa kitarang kat itm arau gi intercampus sports.  Tapi tak pan ...

gundu kan sis
Quote airfilterkotor 19-6-2023 03:13 PM
Dia kata tepi padang sekolah, tatau dalam kawasan atau luar kawasan.
Kalau luar, boleh saman PBT la kot.
Tengok pada profile grating tu macam tak ikut bentuk lurang longkang.
Quote Samerosie 19-6-2023 03:25 PM
Omai replied at 19-6-2023 02:54 PM
gundu kan sis


Hehehehehehe

Quote KamikuP 19-6-2023 03:57 PM
Samerosie: Hahaha ni pernah terjadi kat kawan i masa kitarang kat itm arau gi intercampus sports.  Tapi tak panggil bomba la budak2 lelaki tolong angkat grill tu ...


Sis ni mesti duduk kolej Halban tak pun kolej Seroja.. ekekeke
Quote Samerosie 19-6-2023 04:37 PM
KamikuP replied at 19-6-2023 03:57 PM
Sis ni mesti duduk kolej Halban tak pun kolej Seroja.. ekekeke

Entahlah chuols itm iols kolej rumah kedai...(boleh teka kan kat mana).  Bawah belajar atas bau kepam hostel budak lelaki.
Quote kucingitam 19-6-2023 04:54 PM
hahah maap dik akak tergelak.. kenangan ni sok2 kau reunion dgn kawan2 mesti keluar cerita kau tersangkut kat longkang

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.104142 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top