Restoran Salt Bae, cawangan Nurs-Et di London menerima ribuan ulasan buruk menyebabkan empayar perniagaan cef selebriti itu kini berdepan masalah. Malah, cawangan Nurs-Et di New York pula dilaporkan akan ditutup.
Salt Bae Burger New York dibuka di 220 Park Avenue South, berhampiran Union Square Park, hanya sebulan sebelum pandemik Covid-19 bermula. Menurut Daily Mail, restoran itu pernah dikritik kerana hiasan dalamannya dikatakan menyamai hangar pesawat dan harga makanan yang dihidangkan terlalu mahal, malah turut tersenarai antara restoran terburuk di New York City. Walaupun papan tanda di pintu menyatakan restoran berkenaan berpindah ke lokasi baharu, jurucakapnya mendedahkan, semua menu Salt Bae Burger New York sebenarnya hanya akan dihidangkan di restoran stik sedia ada milik jenama itu dan bukannya di premis lain. Berikutan penutupan restoran di New York, ramai yang tertanya-tanya sama ada cawangan Nurs-Et di London akan berdepan nasib serupa memandangkan premis itu dikritik hebat sejak dibuka.
Dua tahun selepas restoran Knightsbridge dibuka, restoran itu dilaporkan menerima banyak ulasan buruk di laman TripAdvisor, sekaligus meletakkannya di tempat ke-20,491 daripada 23,811 restoran di seluruh London. “Makanan yang mengerikan. Daging langsung tidak sedap. Akhirnya kami terpaksa pergi untuk makan kebab berharga 5 pound (RM29.57) selepas membayar bil berharga 300 pound (RM1,774). Tempat ini adalah jenaka terbesar di London. “Cawangan di Los Angeles, Turkiye dan Dubai sangat mengagumkan dan saya sangat mengesyorkannya tetapi yang pasti saya tidak akan kembali ke Nusr-et di London,” kata pengguna Twitter. Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gökçe yang berasal dari Turkiye tular di media sosial sejak tahun 2017 dengan gaya menabur garam uniknya dan kini sudah membuka restoran stik di lebih 20 lokasi di seluruh dunia serta mempunyai lebih 38 juta pengikut. Sumber: Utusan
|
sayurmayur88 replied at 19-6-2023 03:59 PM
too expensive ? ko ghase ??
ADVERTISEMENT