CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat Ditahan Ubah Suai Motosikal

19-6-2023 02:28 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 144| Komen: 0

Ampang: Dalam operasi jam 11.30 malam Sabtu, empat buah motosikal ditahan selepas didapati membuat pengubahsuaian berlebihan dalam Operasi Motosikal dan Samseng Jalanan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) dan Bukit Permai.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, operasi tersebut dijalankan susulan aduan orang awam mengenai masalah bunyi bising dari ekzos motosikal yang mengganggu ketenteraman penduduk.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya mengadakan operasi susulan aduan orang awam mengenai masalah bunyi bising dari ekzos motosikal yang mengganggu ketenteraman penduduk.

"Hasil operasi berkenaan, empat motosikal ditahan kerana melakukan pengubahsuaian yang berlebihan pada pelbagai komponen sedia ada.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan pada Isnin.


Beliau berkata, dalam operasi berkenaan, sebanyak 104 saman dikeluarkan di atas kesalahan antaranya seperti ubah suai struktur kenderaan, kesalahan nombor pendaftaran, gagal pamer lesen memandu/cukai jalan dan cermin sisi.

"Pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal dinasihatkan tidak mengubahsuai sebarang struktur sedia ada pada kenderaan sehingga membawa kepada pencemaran bunyi dan juga mengganggu ketenteraman awam.

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya akan meneruskan operasi secara berterusan untuk membanteras pesalah lalu lintas yang sering mengabaikan peraturan jalan raya yang telah ditetapkan," katanya.


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.039265 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top