CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Allah Kejutkan Dari Tidur Dan Gerakkan Hati Saya Untuk Bangun," Ular Tedung Dah Usha Line, Nasib Baik Tak Patuk 4 Anak

19-6-2023 02:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2472| Komen: 40

Seorang wanita menceritakan detik 'ngeri' insiden kediamannya yang terletak di Kampung Sri Aman, Puchong, 'dicerobohi' seekor ular tedung, awal pagi Sabtu.

"Alhamdulillah seperti Allah kejutkan dari tidur dan gerakkan hati saya untuk bangun."


Menurut Erra Izni, ketika kejadian sekitar pukul 3.20 pagi Sabtu itu, hanya dia bersama empat orang anaknya berada di rumah manakala suaminya mempunyai urusan di luar bersama bapa saudara.




"Sebelum itu anak-anak saya main permainan video di dalam bilik mereka. Memandangkan esoknya (Ahad) cuti sekolah, mereka tidur sedikit lewat.

"Sebenarnya saya dah terlelap sekejap tapi tiba-tiba terjaga. Saya pun bangun nak check anak-anak dalam bilik sama ada dah tidur ke belum. Ketika menuju ke bilik mereka yang terletak tepi dapur, mata saya ternampak satu benda bergerak.

"Tergamam saya apabila nampak kelibat seekor ular berwarna hitam di antara ruang dapur dan bilik anak-anak. Bilik mereka pula tepi dapur, lebih cuak, pintu bilik terbuka!" kongsinya kepada mStar.


Wanita ini berkata, dia segera mengambil telefon bimbit untuk menghubungi suaminya dan memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

"Tapi saya putuskan talian tanpa sempat suami angkat pun... saya terus jerit kepada anak yang berada dalam bilik, supaya tutup pintu bilik mereka dan jangan keluar. Saya beritahu ada ular di luar.

"Saya cepat-cepat capai apa sahaja kain yang sempat untuk tutup kepala dan dalam masa yang sama 'monitor' ular tu. Saya nampak ia bergerak ke ruang dapur dan tak menghala ke bilik.

"Cepat-cepat saya buka pintu sliding depan dan pagar. Selepas itu saya jerit suruh anak-anak keluar... anak yang sedang tidur pun saya kejutkan. Kami lima beranak terus keluar dan tunggu di garaj," ujar wanita berusia 33 tahun ini.


Ujarnya, ketika semuanya sudah berada di luar rumah, dia sempat merakam video ular tersebut menerusi pintu sliding yang dibiarkan terbuka.

"Ketika itu, suami menelefon kembali dan saya ceritakan apa yang berlaku. Suami terus menghubungi bomba dan sekitar 20 minit kemudian, bomba tiba di rumah.

"Saya beritahu mereka, ular mungkin masih berada di dapur sebab tak nampak ia menuju ke ruang hadapan.

"Lebih kurang lima minit saja, bomba dapat tangkap ular tersebut. Memang pantas... mungkin sebab ular tu hanya merayau sekitar dapur dan ia tidak agresif.

"Bila dapat tangkap dan tengok dekat-dekat, terkejut juga sebab saiznya besar juga. Menurut bomba, ular itu spesies tedung," ujarnya yang merupakan seorang peniaga makanan.

Erra menambah, kejadian tersebut adalah yang pertama kali berlaku sejak dia menghuni rumah tersebut.

"Mungkin ular itu datang dari kawasan parit dan semak yang terletak berhampiran taman perumahan. Musim panas pula sekarang, mungkin ia keluar nak cari tempat perlindungan.

"Saya lega bila ular berjaya ditangkap tapi sejujurnya masih trauma. Nak masuk dapur pun rasa was-was. Selepas kejadian itu, kami sekeluarga 'gotong-royong' kemas bahagian dapur takut pula kalau ada barang banyak, boleh jadi tempat ia bersarang.

"Saya share di TikTok antaranya untuk beri peringatan kepada orang lain agar sentiasa alert dan ambil langkah pencegahan supaya dapat elakkan kejadian seperti ini.

"Akhir sekali, terima kasih tak terhingga kepada pihak bomba yang bertindak pantas, dan jiran yang prihatin dan ada bersama-sama ketika itu," akhirinya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuraidah1 19-6-2023 03:16 PM
automatik aku trus tgk bwh meja aku ni......adoi seram ler
Quote Samerosie 19-6-2023 03:24 PM
Weh seram rumah iols yg ada tamah ni pum takut.  Tapi tulah keywords dia derang ni peniaga makanan (ujarnya yang merupakan seorang peniaga makanan).  Kalau tak kemas betul2 start ada tikus sana sini, lama2 kat situlah ada ular.  Neighbours i suka bg burung merpati makan kat belakang rumah tabur nasi semalam la bagi..memang ada tikus tu i takut nanti esok2 mulalah ada ular.  Dah bgtau pun x boleh terima jiran2 mcm ni tal percaya.
Quote sangbara2020 19-6-2023 03:31 PM
org ckp tedung berpasangan
kat opis iolls ritu kwn iolls bunuh yg kecik anaknye kot
sbb mikio ada mak bapak...kami tanam la..takut kang mak bapak dia dtg ketuk pintu opis cari anaknya...kohkoh
Quote myakayina 19-6-2023 03:57 PM
besar mcm tu pun klu dah mematuk boleh bawa maut jgk..
Quote ibu_haritz 19-6-2023 04:16 PM
Fuhhh teringat kisah aku dulu darjah 6..
Ular berdesir tepi telinga aku mase nak tido..aku ingatkan nyamuk...
Aku bangun nahhhh cik U ...Melompat aku..
Dahlah mak tgh berpantang..
Trauma aku
Quote ina_na 19-6-2023 04:25 PM
sangbara2020 replied at 19-6-2023 03:31 PM
org ckp tedung berpasangan
kat opis iolls ritu kwn iolls bunuh yg kecik anaknye kot
sbb mikio ada ma ...

Ms aku kat kg dl kn..yg anak jiran sebelah tolong bunuhkan..dtg wei mak dia.. kita2 lps beberapa minggu dr kes jiran aku bunuh anak dia..yg mak dia anak jiran aku keje bomba cuti,dia tlg tangkap kan..tp lps tu dtg lg..suami jiran aku tu aka abang pd yg tangkap ari tu bunuh..br x dtg dah..siap tabur garam..ade uncle cina joging bgtau garam,belerang x jalan..dia srh tanam serai keliling rumah..sbb ular x suka serai..lps mak aku tanam serai keliling rumah Tu dia dia lalu kat jalan raya tepi rumah pulak..kul 12-2 ade je yg lalu..pakcik jiran lain ckp deme p lunch agaknye..seram btl
Quote supernaturalee 19-6-2023 05:15 PM
ina_na replied at 19-6-2023 04:25 PM
Ms aku kat kg dl kn..yg anak jiran sebelah tolong bunuhkan..dtg wei mak dia.. kita2 lps beberapa m ...

mmm jgn2 bnyk tikus gundu2 area rmh tu


Quote ina_na 19-6-2023 06:13 PM
supernaturalee replied at 19-6-2023 05:15 PM
mmm jgn2 bnyk tikus gundu2 area rmh tu

Ms kat kg dl..Kwsn belakang rumah tu tanah lot yg tuan dia bt x tau je tanah dia..mungkin org kaya banyak reta..jd bl tanah x diuruskan jd kebun ke..mmg tempat dia lepak situ la .dah la bahagian depan ade sungai..Tu pakcik jiran seloroh p lunch.. bl tanah belakang tu dijual..tuan baru bt rumah dah x de ular melintas waktu tgh ari.. alhamdulillah lega la rs ati..tp tok bomoh laj meninggal..mlm2 si penangal n the geng lak ambik alih buat rondaan..
Quote edayildiz 19-6-2023 06:18 PM
serammmm..takut weh..nk g toilet kt ofis pun takut..
nsb i dk kondo..tp still rasa takut..huhuhu gelii
Quote zamnie 19-6-2023 07:01 PM
Ya Allah takutnya tgk ulauuu tu.. nasib baik xde sape yg kena.. Alhamdulillah
Quote honeybee1802 19-6-2023 07:07 PM
Asal ada lobang iols ttp pakai botol air or botol minyak besar...sedara iols penaj bewak ikut lubang tu...
Quote Jitu 19-6-2023 08:57 PM
tedung hitam ni
kawasan kampung biasa jumpa ular ni
aku pun pernah la beberapa kali terpaksa bunuh
mmg skeri la
Quote nuralisa 19-6-2023 09:11 PM
Minggu lepas pun anak tedung masuk rumah aku .. ya allah trauma .. spray2 x jalan.. melawan lagi adala ..
Pastu terpaksa curah air panas. Sambil tu tepon gak jpam.. pastu dia menggedik .. dia kuar rumah.
3-4 hari trauma gak takut dia p bgtau mak dia.. skrg pun mesti perati je dapur atau mana2 .. takuttt

Pastu p beli ubat gegat ngan spray serai wangi .. masalahnya skrg aku yg pening
Quote Supersirap 19-6-2023 09:22 PM
Nasib baik semuanya selamat
Quote monreyes 19-6-2023 09:27 PM
ibu_haritz replied at 19-6-2023 04:16 PM
Fuhhh teringat kisah aku dulu darjah 6..
Ular berdesir tepi telinga aku mase nak tido..aku inga ...

masa aku skolah rendah main nyorok2..aku nyorok kat pokok belimbing...skali pusing dekat sangat dgn pipi aku..ular daun kaler coklat2 kuning..makkkkkkkk lintang pukang aku lari
Quote ninja boy 19-6-2023 09:31 PM
Rumah bertanah camni le masalah lalat nyamuk ular tikus kucing berak biawak perompak penjual carpet mercun rumah terbakar gaduh parking
Quote Innrukia 19-6-2023 09:52 PM
Itu sebabnya elok bela kucing/ anjing. Depa hidu dulu & akan warning tuan rumah.
Quote sangbara2020 20-6-2023 07:23 AM
ina_na replied at 19-6-2023 06:13 PM
Ms kat kg dl..Kwsn belakang rumah tu tanah lot yg tuan dia bt x tau je tanah dia..mungkin org kaya ...

kg ko kat mana nok...mcm2 cerita serem ade...
Quote jlo 20-6-2023 07:41 AM
takuttt oii

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.222091 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top