Bekas Ketua Kampung, Kampung Lontar, mukim Tirtayasa, daerah Serangan, di Banten dilaporkan menyeleweng dana kampung ketika berkhidmat pada 2015-2021. Suspek, Alkani ditahan selepas dipercayai menggunakan wang hasil penyelewengan sebanyak 988 juta rupiah (kira-kira RM303,850) untuk kos mengahwini empat isterinya, selain tujuan berfoya-foya di pusat hiburan.
"Pengakuan itu ya (untuk berkahwin), dan dia (Alkani) suka pergi ke tempat hiburan dengan katanya perbelanjaan daripada wang tabung kampung," kata peguam Alkani, Erlan Setiawan pada Jumaat. Beliau berkata, anak guamnya mengaku melakukan seleweng peruntukan dana kampung pada 2020 yang sepatutnya untuk pembangunan infrastruktur kampung. Erlan mengakui bimbang kerana dana kampung sepatutnya digunakan untuk kepentingan masyarakat, bukannya untuk kepentingan peribadinya.
"Ini satu perkara yang amat menyedihkan yang perlu kita fahami. Bahawa kampung mempunyai bajet untuk kemajuan kampung. Ternyata disalahgunakan ketua kampung," katanya. Alkani ditahan di pusat tahanan Kelas IIB Serang selama 20 hari, dan pendakwa raya kini menyiapkan fail dakwaan selepas menerima suspek dan bukti daripada penyiasat polis Banten. Pihak pendakwaan akan segera memindahkannya ke Mahkamah Daerah Serang bagi perbicaraan atas tindakannya. Ketua Sub-Direktorat III Tipikor Ditreskrimsus Polda Banten Pesuruhjaya Polis (Kompol) Ade Papa Rihi berkata, kes itu bermula dengan Kampung Lontar mendapat bajet pada 2020 untuk pembangunan infrastruktur. Namun, dalam pelaksanaannya, terdapat lima projek fizikal yang merugikan kewangan negara. Lima projek itu ialah tiga projek fizikal yang tidak mengikut rancangan bajet dan dua lagi projek projek palsu iaitu rekaan suspek. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT