CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jurutera Termuda Bekerja Di Spacex

19-6-2023 01:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 623| Komen: 6

New York: Seorang remaja, Kairan Quazi yang berusia 14 tahun menjadi jurutera perisian termuda di dunia yang bekerja di syarikat aeroangkasa, SpaceX, milik Elon Musk.

Memetik laporan Daily Mail, Kairan berjaya mendapat pekerjaan sebagai jurutera perisian di Starlink yang menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar satelit, sebulan sebelum menamatkan pengajiannya dari Universiti Santa Clara.


Kebolehan luar biasa Kairan mula disedari keluarganya selepas dia menunjukkan keupayaan bercakap ayat penuh pada usia dua tahun dan mampu menyelesaikan persamaan matematik yang kompleks pada usia enam tahun.

Kairan Quazi

Selain daripada usianya, kerjaya baharu remaja dari California berketurunan Bangladesh itu mampu meletakkannya sebaris dengan golongan elit kejuruteraan kerana kurang daripada satu peratus pemohon yang berjaya diterima oleh gergasi teknologi berkenaan.


“Saya akan menyertai syarikat paling hebat di planet ini. Satu-satunya syarikat yang tidak menggunakan umur saya sebagai proksi sewenang-wenangnya untuk mendiskriminasi kematangan dan keupayaan.

“Sudah menjadi impian saya mempunyai kerjaya yang memfokuskan usaha menangani isu-isu mencabar dan melaksanakan inovasi radikal dalam perkhidmatan untuk kebaikan bersama. Saya sangat teruja untuk menawarkan khidmat terbaik,” katanya dipetik CBS World.

Kairan meninggalkan sekolah rendah selepas menamatkan gred ketiga dan mendaftar di kolej komuniti pada usia 9 tahun sebelum menyambung pengajian di Universiti Santa Clara pada usia 11 tahun.

Remaja genius itu pernah menjalani latihan amali di syarikat pengeluar cip, Intel Corp sebagai felo penyelidik kecerdasan buatan dan menerima ijazah sarjana muda dalam sains komputer dan kejuruteraan sebagai graduan termuda dalam sejarah 172 tahun universiti berkenaan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 19-6-2023 01:48 PM
Mcm sufiah shilpa lee yg xde kaitan dgn msia.




Quote Thunderclouds 19-6-2023 02:01 PM
Hahahaha....mcm si sufiah dulu ni.
Tp malang tpalit sumpah keturunan mulayu payah nk menjadi bila di served golden opportunity.
Quote Thunderclouds 19-6-2023 02:02 PM
sharlenetexas replied at 19-6-2023 01:48 PM
Mcm sufiah shilpa lee yg xde kaitan dgn msia.

Khuennns..
Quote sharlenetexas 19-6-2023 02:05 PM
Edited by sharlenetexas at 19-6-2023 02:07 PM
Thunderclouds replied at 19-6-2023 02:02 PM
Khuennns..



Muka iras.
Sama dna paki/bangla.
Harap nasib sheols tak sama mcm sufiah.
Semoga masa depan sheols terus gemilang dan terbilang.




Quote sayurmayur88 19-6-2023 04:12 PM
nama dia unik . pintar lagi, semoga berjaya dik !!
Quote KamikuP 19-6-2023 05:17 PM
Hilang nikmat hidup sbg remaja

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.389727 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top