CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Arah Didenda Tinggal 6 Pendaki

19-6-2023 01:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 212| Komen: 1

Taipei: Pada April lalu, Enam wanita mengupah seorang lelaki pemandu arah untuk menyertai ekspedisi mereka mendaki Gunung Yu Shan iaitu gunung tertinggi di negara itu.

Bagaimanapun, lelaki itu meninggalkan mereka pada hari terakhir ketika turun dari gunung berkenaan.


The Straits Times melaporakan, kesalahan itu menyebabkan pemandu arah yang dikenali sebagai Chen itu sahaja didenda AS$130 (kira-kira RM600), malah lesennya untuk mendaki gunung, turut digantung selama tiga tahun.

Gunung Yu Shan. Gambar hiasan.

Pihak berkuasa melarang Chen berkhidmat sebagai pemandu arah untuk pendaki di tiga taman negara Taiwan iaitu Yu Shan, Taroko dan Shei-Pa.

Menurut Taipei Times, setiap wanita ditinggalkan itu membayar kepada lelaki itu 15,000 dolar Taiwan baharu (kira-kira RM2,248) kepada Chen, yang antara lain untuk mengupah untuk membantu membawa peralatan dan mengatur penginapan serta penyediaan makanan ketika pendakian di gunung setinggi 3,952 meter itu.


Semasa pendakian, terdapat kelewatan kerana beberapa wanita adalah pendaki yang tidak berpengalaman, yang membawa kepada isu keselamatan, lapor Taipei Times, memetik pegawai Pejabat Pengurusan Taman Negara Yu Shan.

Seorang daripada enam wanita itu dikenali sebagai Tien yang memfailkan aduan, berkata, masalah sudah timbul sejak pada hari pertama.

Kumpulan pendaki wanita itu terpaksa menuruni gunung itu sendiri menggunakan lampu suluh pada telefon pintar apabila hari gelap, selepas Chen meninggalkan mereka.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 19-6-2023 02:22 PM
cantiknya gunung tu


Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.036336 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top