Bagai jatuh ditimpa tangga, atlet kickboxer kelahiran Switzerland, Ulric Bokeme patah beberapa gigi depannya dalam pertarungan sengit di GLORY Collision 5 di Rotterdam, Belanda. Pemain kelas middleweight berusia 32 tahun itu bukan sahaja mengalami kekalahan Technical Knockout (TKO) di tangan Michael Boahpeah, malah terpaksa menanggung perit apabila gigi depannya juga hilang semasa perlawanan pada Sabtu.
Semasa pertarungan berlangsung, Bokeme mula menunjukkan tanda-tanda ketidakselesaan dan memberi isyarat kepada pengadil tentang masalah pada pelindung giginya. Setelah diperiksa lebih dekat, Bokeme rupanya kehilangan beberapa gigi depannya akibat tumbukan kuat daripada lawan tersebut. Ia adalah kejadian yang sangat yang mengejutkan kepada semua orang dan tanpa pilihan lain, pengadil terpaksa campur tangan dan menghentikan pertarungan.
Boahpeah muncul sebagai pemenang dengan TKO pusingan pertama manakala Bokeme dibiarkan bergelut dengan mencari sebahagian giginya yang hilang di atas gelangang perlawanan. Loading FB Post... Keadaan lebih teruk menimpa kepada Bokeme apabila dia mendedahkan kepada kakitangan pasukannya bahawa dia sudah menelan beberapa giginya. Ia merupakan pengalaman yang mendukacitakan dan menyakitkan bagi peninju tersebut baik dari segi fizikal mahupun emosi Bokeme. SUmber: Majoriti
|
ADVERTISEMENT