Tiada tindakan diambil pramugari selepas dimaklumkan penumpang mengenai layang-layang yang dikesan tersangkut pada sayap pesawat yang dinaikinya. Detik melaporkan, video kejadian itu dimuat naik penumpang syarikat penerbangan Garuda Indonesia bernama Ricky Suhendar di akaun TikToknya.
Menurut Ricky, kejadian berlaku pada Khamis lalu dalam penerbangan GA 114 dari Jakarta ke Palembang. Selepas melihat layang-layang itu, Ricky segera memaklumkannya kepada pramugari tetapi dia tidak segera memaklumkannya kepada juruterbang. Mereka bernasib baik apabila seorang pegawai di landasan memberi isyarat kepada juruterbang dengan melambai dan menyilangkan tangannya.
Juruterbang kemudian membuat keputusan untuk menangguhkan penerbangan supaya masalah itu diselesaikan. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT