Beijing: Pasukan penyiasat di wilayah di Jiangxi, China mengesahkan bahawa objek yang ditemukan oleh penuntut sebuah kolej di dalam satu hidangan di kantin sah kepala tikus. The Straits Times melaporkan, siasatan awal peringkat tempatan menyatakan bahawa objek itu adalah leher itik.
Pada 1 Jun, seorang pelajar Kolej Politeknik Industri Jiangxi di Nanchang, menyiarkan video di media sosial yang menunjukkan objek pelik di dalam hidangannya. Selepas video itu tular di media sosial, pihak kolej pada 3 Jun lalu berkata, bahawa objek itu adalah leher itik. "Siasatan dalaman dilakukan. Pelajar terbabit menjemput rakan sekelas untuk mengenal pasti objek itu pada masa kejadian, dan mengesahkannya sebagai leher itik, makanan biasa," tambah kolej itu. Pihak kolej menyatakan bahawa pelajar itu sudah membuat kenyataan bertulis di tempat kejadian menjelaskan kandungan video.
Ia menambah bahawa biro penyeliaan pasaran di Nanchang juga menghantar pegawai untuk menyiasat. Dalam laporan pada 3 Jun oleh Stesen Radio dan Televisyen Jiangxi, pengarah Jiang Xiexue dari biro cawangan Changdong berkata, pegawai berulang kali membandingkan objek itu dan mengesahkan bahawa ia memang leher itik. Bagaimanapun, ramai netizen percaya biro dan pihak kolej itu melakukan pembohongan. Menurut Agensi Berita Xinhua, wilayah Jiangxi pada 10 Jun menubuhkan pasukan penyiasat yang terdiri daripada pelbagai jabatan termasuk pendidikan, keselamatan awam dan pentadbiran penyeliaan pasaran. Pada Sabtu, pasukan itu menentukan bahawa objek itu bukan leher itik, selepas menyemak video dapur kantin dan senarai pembelian. Pegawai juga menemu bual kakitangan kantin, pelajar dan saksi. Kenyataan itu berkata objek itu dikenal pasti sebagai kepala tikus, menurut pakar haiwan. Pasukan itu berkata, pihak bertanggungjawab, daripada kolej dan biro penyeliaan pasaran cawangan Changdong, akan berdepan tindakan tegas. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Sazreena replied at 19-6-2023 04:54 PM
Korang kan bangsa semua je telan..
ADVERTISEMENT