Seorang peniaga didoakan penunggang motosikal berkuasa tinggi agar bankrap hanya kerana mengalihkan kenderaan yang menghalang perniagaan sebuah kedai di Muar, Johor. Pengguna Facebook Zahedy Zakaria yang merakam kejadian itu mendakwa sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi datang ke Muar untuk makan sate di sebuah kedai dan meletakkan kenderaan di kaki lima premis tersebut.
Katanya, selepas motosikal tersebut dialih, seorang penunggang motosikal daripada kumpulan berkenaan marah dan dipercayai ingin menumbuk peniaga tersebut kerana tidak puas hati dengan kenderaannya dialih.
Video kejadian tersebut turut memaparkan lelaki berkenaan ketawa mengekek selepas mendoakan pemilik kedai itu bankrap dalam bisnesnya. Difahamkan, pihak polis datang ke kawasan tersebut selepas menerima aduan berkenaan insiden terbabit dan meminta pemilik motosikal berkenaan mengalihkan kenderaan masing-masing. Menerusi rakaman berbeza, walaupun penunggang motosikal berkenaan didakwa telah disaman oleh pihak polis, namun dia masih cuba melakukan provokasi terhadap peniaga tersebut. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berang dengan kelakuan sekumpulan penunggang motosikal tersebut yang tidak menghormati peraturan di tempat orang lain. Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada apa-apa kenyataan daripada pihak polis berhubung insiden berkenaan. Sumber: Majoriti
|
gekkou replied at 19-6-2023 12:13 PM
dia punya hashtag tu mcm bagus je
she replied at 19-6-2023 06:10 PM
Dia bukan apa
Bila ramai memang jadi cenggitu lerrr
Cuba duduk sensorang makan sate
ADVERTISEMENT