Selepas berkongsi video mengidam makan durian Musang King, baru-baru ini ramai yang membuat spekulasi Tash Yong dah hamil. Bagaimanapun Tash kata dia belum dikurniakan rezeki untuk hamil lagi, namun disebabkan sekarang musim durian dan harga pun murah jadi rugi jika tidak menikmatinya.
"Saya tak hamil lagi. Cuma, saya dan suami, Boss Kay suka makan durian dan kami jumpa pula lokasi menjual 'raja buah' itu yang murah harganya dan sedap di Subang Jaya, saya pun kongsi video di media sosial. "Cuma, kapsyen ditulis pada video itu memang saya nak ucap terima kasih kepada suami sebab sudi layan isteri mengidam durian itu sekadar penghargaan saja," katanya seperti dipetik di Harian Metro.
Tash yang pernah membintangi drama Dhia dan Menantu Ting Tong itu melangsungkan pernikahan dengan Boss Kay atau nama sebenarnya, Khaireel Azlee Abdul Aziz pada Ramadan lalu di luar negara. Kisah perkahwinan pasangan sensasi ini mula diketahui apabila Tash memaklumkan dia dan suami bersyukur apabila akaun TikTok miliknya berjaya mendapatkan 'canting biru' kerana sudah menunggu lama.
Sejak itu, status hubungannya dan Boss Kay mula diperkatakan tetapi mereka mengambil tindakan berdiam diri dan meneruskan aktiviti di media sosial bersama-sama seperti biasa. Tash dan Boss Kay yang dikenali sebagai 'TikTok Guru' dalam kalangan TikToker berkenalan pada hujung tahun lalu dan hubungan mereka menjadi rapat pada tempoh yang singkat, sekali gus bercinta dan berkahwin.
Kisah mereka juga menarik perhatian warga maya apabila Boss Kay yang sudah mempunyai dua isteri dan anak-anak melafazkan cerai terhadap salah seorang isterinya di media sosial menyebabkan dia dikecam netizen. -CARI Sumber: Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|