Tular ciapan seorang wanita mencari pasangan hidup di Twitter. Menurut Suzzanne Anton, 47, ini kali kedua dia mencari pasangan dan berasa sedikit malu sebab saya dah berusia.
"Tapi saya layak untuk bahagia juga," ciapnya ringkas. Dia turut meminta supaya warga maya berkongsi ciapannya di platform masing-masing. Dikenali sebagai Suzzanne Anton, dia juga menggariskan beberapa kriteria pasangan yang diingininya selain mendedahkan perihal diri.
Merupakan ibu kepada lima cahaya mata, wanita yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor ini memaklumkan kesemua anaknya sudah melewati usia remaja. "Saya gemar memasak, melancong dan bersenam di gym selain bekerja sebagai eksekutif kanan di sebuah syarikat. "Sangat memahami dan pendengar yang baik jadi saya mencari suami yang boleh diajak bersembang serta dapat memberi nasihat," ujarnya yang mempunyai seorang kakak dan tinggal di Sabah kerana mengikut suami. Bagaimanapun, Suzzanne meletakkan syarat supaya lelaki yang ingin mengenalinya bukanlah suami orang dan berumur lingkungan 37 hingga 55 tahun. Ketika dihubungi mStar, dia menyatakan bahawa anak sulungnya baru sahaja mula bekerja manakala anak kedua berusia 19 tahun. "Anak kedua nak sambung belajar tetapi saya tak mampu kerana keputusan peperiksaannya tidak berapa baik. "Baru-baru ni tuan rumah lama nak ambil balik rumah, kelam kabut cari rumah dan pindah dua minggu sebelum raya," luahnya yang diserang penyakit jantung selepas mengalami kemurungan melampau penghujung tahun 2019. Bukan itu sahaja, dia turut memaklumkan bahawa dia dan bekas suami telah bercerai secara sah pada 25 Februari 2019. Menyedari ramai yang beranggapan dia mencari suami bagi membantu urusan kewangan, Suzzanne berkata, anak-anak adalah tanggungannya sendiri. "Anak-anak akan tanggung sendiri, tak akan susahkan bakal suami. Selepas bercerai saya mengalami depression sebab sudah biasa hidup berteman. "Maklumlah, saya berkahwin di usia 19 tahun dan sekarang tiba-tiba kena uruskan sendiri semua perkara dengan tiada kenderaannya... dulu beli barang pun jalan kaki sahaja," luahnya lagi. Selepas memuatnaik status tentang pencarian calon suami, dia mendedahkan telah dihubungi ramai individu di halaman Twitter, namun kebanyakan adalah mereka yang berusia 20 tahun ke bawah. "Terima kasih di atas mesej... tapi adik-adik 20 tahun ke bawah, awak sebaya dengan anak saya. "Tolonglah faham dan jangan paksa. Usia 30 tahun ke atas boleh diterima tetapi dengan syarat," jelasnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan supaya dia bertemu dengan pasangan yang diimpikan. Tidak kurang juga yang mengesyorkan supaya Suzzanne mencuba aplikasi dating baitulmuslim.com bagi mendapatkan pasangan yang bersesuaian. Bagaimanapun, terdapat juga pelayar yang memintanya supaya tidak mencari pasangan sebaliknya fokus pada diri sendiri dan anak-anak. Suzzanne kemudian membalasnya dengan mengatakan pelayar terbabit tidak berada dalam situasinya. Dia turut menambah, ibu boleh menjaga lima orang anak tetapi belum tentu anak boleh jaga seorang ibu. Sumber: mStar
|
mamajawie: Edited by mamajawie at 19-6-2 ...
mamajawie replied at 19-6-2023 12:50 PM
sama x gambar acik ni dengan biskut ikan??
kenyangperut replied at 19-6-2023 12:35 PM
saje tgk twitter dia.
siap mintak pendapat mcm mana nk suruh anak umur 23 keja
nmpk gaya anak2 pun j ...
mamajawie replied at 19-6-2023 12:50 PM
sama x gambar acik ni dengan biskut ikan??
CoffeeOverdose replied at 19-6-2023 04:36 PM
Terus iol rasa nak makan biskut ikan. Hareyyy betul ????????
prettyuglybabe replied at 19-6-2023 04:00 PM
edit gone wrong ke?
macam pelik je rupa..
ADVERTISEMENT