Kini hampir setiap minggu penampilan penyanyi terkenal, Aina Abdul dihujani kecaman netizen kerana juri tetap Big Stage 5 itu didakwa mengganggu pandangan penonton. Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram, Aina memuat naik beberapa keping foto dirinya mengenakan busana hijau bertemakan lampu.
Di ruangan komen, beberapa netizen memuji penampilan Aina, malah mereka tidak sabar untuk menunggu fesyen Aina yang akan datang. “Ni lah floor lamp terpaling comel sekali. Hope you are feeling much better today. Semoga semakin sihat Amin. “Saya tak sabar nak tunggu big stage malam ni agak-agak Aina pakai apa ye. We want more we want more! She lampuuu hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur,” puji netizen. Penampilan wanita berumur 31 tahun itu telah menjadi bahan jenaka wargamaya yang berseloroh dengan mengatakan penampilannya kali ini seperti tiang lampu atau lampu katil. Difahamkan, baju bertemakan lampu itu merupakan busana yang Aina gayakan di konsert A Night With Aina Abdul Uni Edition yang berlangsung di Universiti Malaya, malam tadi. Namun, Aina hanya bergambar dengan kepada lampu terbabit dan penyanyi itu membukanya saat membuat persembahan. SUmber: Xtra
|
ADVERTISEMENT