CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dua Kali Bercerai, Sharifah Sakinah Trauma Nak Kahwin Lagi!

19-6-2023 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 892| Komen: 4

Dua kali melalui perpisahan, Sharifah Sakinah mengakui trauma untuk berkahwin lagi.

Jelas Sakinah, sekiranya benar dia akan berkenalan dengan sesorang, perkara tersebut akan mengambil masa yang lama.


Foto: IG

“Buat masa ini, saya lebih memilih untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada diri sendiri agar menjadi lebih baik.

“Saya dah trauma… Perkahwinan pertama dan kedua semuanya ada pengajaran.

“Berkenalan itu perkara biasa. Kalau saya jumpa seseorang, akan ambil masa yang lama dan ada had pergaulan,” katanya kepada Melodi.


Sementara itu, ibu anak satu ini sempat memberikan pesanan kepada selebriti di luar sana untuk bijak menggunakan media sosial.

“Untuk selebriti, tolong guna media sosial untuk perkara baik. Tolong jangan salah guna, untuk mental health awak juga dan untuk netizen, tolong gunakan kata-kata dengan baik,” ujarnya.



Sebelum ini, Sakinah memberi amaran kepada netizen yang tidak henti dibuli anaknya, berhubung isu terkencing di sofa milik selebriti, Noor Nabila.

Sekadar info, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Alif Adha Jamil pada 28 Mac 2015 namun berpisah pada Mei 2020.



Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha, enam tahun.


Perkahwinan kedua Sakinah bersama Michael Hansen yang berasal dari Sweden, pada hujung 2020 namun berpisah pada Februari 2021. -CARI

Kredit: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 19-6-2023 09:41 AM
Bercerai pun bukan beritahu, tak macam Siti Saleha, Ellie Suriaty-Azri Iskandar dan Puteri Sarah Liyana yang bercerai bukan secara rahsia..
Quote HoneyManjer 19-6-2023 09:43 AM
haha...
aku yg sekali pun dh tanak
Quote kechikchomel 19-6-2023 09:47 AM
berapa bulan la dia kawin dgn laki no2 dia tu?
hujung 2020 kawin, februari 2021 cerai.
Quote rosedemon 20-6-2023 08:45 AM
xpyah kawen laaa enjoy2 jewwwww

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.028501 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top