Filem Polis Evo 3 berjaya mencipta rekod apabila meraih kutipan sebanyak RM50 juta dalam tempoh 24 hari, sekali gus menjadikan Polis Evo 3 filem aksi komedi paling laris sepanjang zaman di Malaysia sepanjang masa.
Memasuki minggu keempat tayangan di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura selain bersaing dengan pelbagai filem antarabangsa, namun filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures ini masih mendapat kepercayaan penonton. Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 yang juga merupakan Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad bersyukur atas kejayaan diraih dan berharap ia dapat menyuntik semangat penggiat seni untuk terus menghasilkan karya berkualiti. "Kejayaan ini diharap dapat menjadi penyuntik semangat buat kami serta penerbit di luar sana untuk terus menghasilkan karya berkualiti kerana penonton telah membuktikan sokongan mereka terhadap filem tempatan.
"Kejayaan memperoleh kutipan RM50 juta mengukuhkan jenama Polis Evo sebagai francais nombor satu negara dengan kutipan tertinggi," katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar pada Ahad.
|
ADVERTISEMENT