CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Perniagaan Dakwa Diugut 'Mafia Korporat'

18-6-2023 10:13 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 982| Komen: 12

Kuala Lumpur: Seorang lelaki berstatus Datuk Seri yang digelar 'mafia korporat' ditahan polis selepas disyaki melakukan ugutan jenayah terhadap ahli perniagaan di sebuah restoran di Jalan Dutamas, di sini.


Difahamkan, dua kejadian berasingan berlaku pada 6 Jun dan 14 Jun lalu.

Sumber berkata, kejadian berlaku ketika ahli perniagaan berusia 63 tahun itu mengadakan pertemuan bersama suspek berusia 54 tahun dan seorang lagi rakan.


Menurutnya, suspek dipercayai tidak puas hati apabila mangsa tidak menunaikan permintaan supaya melantiknya dan seorang lagi rakan sebagai pengarah syarikat.

"Suspek didakwa menunjukkan sepucuk pistol yang diselit pada seluar sambil mengugut mahu menembak mangsa.

"Dalam pertemuan kedua pula, suspek sekali lagi mengugut dan menampar mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran kecil sebelum dileraikan seorang rakan mereka," katanya.


Berikutan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, siasatan sudah di peringkat akhir dan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 18-6-2023 11:23 PM
Bpk sape laa ni.. yg konpom org kayoooo..yg konpom bkn bpk aku..
Quote nurul_akmar 19-6-2023 07:41 AM
yg konpom nk kaya cepat. guna kekerasan instead of akal
Quote Simunggu 19-6-2023 07:49 AM
patutlah aku sampai tua kaya tak kaya miskin tak miskin...
Quote otai_g 19-6-2023 08:08 AM
Mafia korporat. Fuh dasyat nama tu. Pistol tu ada lesen ke x tu? Ke pistol mainan?
Quote elzy 19-6-2023 08:08 AM
Senang hidup, tetiba nak jadi Pengarah Syarikat..
Syarikat bukan kau punya, bukan usaha sendiri. Elok tembak diri sendiri..
Quote pokokmeranti 19-6-2023 08:26 AM
biasa org politik yg nak kan semua syarikat  'diwajibkan' lantik mereka dan anak beranak jadi lembaga pengarah. tu sbb korang boleh tgk anak2 org politik 24 jam melancong sana sini mcm tak kerja. duit masuk free sbb dilantik lembaga pengarah beratus2 syarikat.
Quote Buritan 19-6-2023 08:49 AM
pokokmeranti: biasa org politik yg nak kan s ...


Cam kwn aku bertanya.. si polan tuu anak sipelen kan.. aah aku jwb.. nape tak nk sekolah.. aku jwb bpk kayoo.. tp sipelen tuu kan ke dah tak aktif politik.. byk LG ke duittt.. aku jwb bang non yg kuar masuk punjara pun Masih kayo lg iinikan plk tak aktif politik jahh..

Aku jwb lagi kalo aku masuk punjara yess mmg terus duduk koling laa..
Quote KamikuP 19-6-2023 08:49 AM
Ahli politaik pun ramai yg samseng
Quote kepompong 19-6-2023 09:25 AM
Buritan replied at 18-6-2023 11:23 PM
Bpk sape laa ni.. yg konpom org kayoooo..yg konpom bkn bpk aku..

hohoho confirm lah bukan bapak u…. sbb suspek umur 54…. pefeeling umur 24 ke youuu
Quote juboqhang 19-6-2023 12:29 PM
Kroni sapa ni? Bapak kleptomania kaaa??
Quote Purplehaz 19-6-2023 01:25 PM
Alaa ada jer yg bwk pistol gi business discussion..yg bodygrd pun bawak. mana yg tau la.

Quote sharlenetexas 19-6-2023 01:26 PM
Who ayusss mafia sgt tu?


Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.228871 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top