CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kutuk Madhuri, Kunal Dikecam Teruk

18-6-2023 09:21 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1608| Komen: 7

Pelakon yang menempa nama menerusi siri The Big Bang Theory, Kunal Nayyar, 42, menerima kecaman hebat gara-gara kenyataannya yang menyifatkan bintang berpengaruh Bollywood, Madhuri Dixit Nene sebagai pelacur berpenyakit kusta.


Kenyataan dangkalnya itu telah menc­etuskan api kema­rahan peminat bintang tersohor itu terma­suk pengana­lisis politik India, Mithun Vijay Kumar yang mendesak agar tindakan keras dikenakan kepada pelawak berkenaan.


“Sebagai peminat Madhuri, saya terkesan dan terkilan dengan kenyataan dangkal yang bukan sahaja menghina pelakon tersebut malah, budaya dan wanita India secara amnya.

“Saya telah menga­rahkan peguam yang dilantik menyer­ahkan saman untuk mendesak Netflix agar menarik salah satu episod The Big Bang Theory yang mengandungi dialog berkenaan.

“Saya berharap Netflix India me­mandang perkara ini dengan serius,” katanya menerusi Twitter baru-baru ini.



Kunal yang melakonkan watak Raj Koothrapali dalam The Big Bang Theory menggelar Madhuri sebagai pelacur berpenyakit kusta sebagai reaksi terhadap Jim Parsons (lakonan Sheldon Cooper) yang membuat perbandingan antara pelakon berkenaan dengan bintang ternama, Aishwarya Rai Bachan dalam salah satu episod rancangan terbabit.

Madhuri bagaimanapun sehingga ke hari ini mengambil pendekatan berdiam diri dan tidak membalas dialog yang diucapkan Kunal itu.

Kenyataan berkenaan turut mendapat reaksi bintang Bollywood lain antaranya pelakon bertaraf legenda yang juga ibu mertua Rai, Jaya Bachan.

Sementara itu, pelakon, Urmila Matondkar turut menyelar pelakon berasal dari United Kingdom itu kerana kenyataan berkenaan.


Dalam pada itu, Netflix dilaporkan telah mengambil maklum terhadap surat aduan yang diserahkan peguam Mithun berkenaan perkara itu.

Selain memaklumkan isu tersebut kepada penerbit rancangan itu, Netflix turut memanjang aduan berkenaan kepada pemegang lesen The Big Bang Theory, Warner Bros.

Big Bang Theory merupakan antara sitkom popular yang ditayangkan semula di platform terbabit. Ia turut menampilkan Johnya Galecki, Simon Helberg, Kaley Cuoco, Melissa Rauch, Mayim Bialik dan ramai lagi.


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 18-6-2023 10:45 PM
ni mmg dlm skrip ke or dia tambah skrip sendiri???
Quote azimodin 18-6-2023 10:56 PM
Bukan bug bag theory ni dah bertahun2 habis ke? Kenapa baru sekarang ada issue berbangkit? Ke aku yg x perasan ada reboot?
Quote spankee_fili 18-6-2023 11:11 PM
azimodin: Bukan bug bag theory ni dah be ...


Baru masuk Netflix India kot series ni
Tapi ye, dah bertahun2 habis sampai iols ingatkan statement baru Kunal Nayar rupanya remarks dalam series zaman tok naduk
Quote BoongaKertas 19-6-2023 08:01 AM
laa, ingatkan baru punya insiden. aiyo. tp watak Raj tu mmg annoying. lupa daratan & asal usul. dok kutuk negara asal. nyampah gak.
Quote KamikuP 19-6-2023 08:18 AM
Tak pernah nak tengok sitkom ni.. dah le suma cast hauk2 belaka
Quote mamajawie 19-6-2023 10:48 AM
kunal muka babyface x mcm umo 40an..even umo bru 30 da srupa 50an..ehehehhe
Quote delia3003 19-6-2023 01:14 PM
kes lama dalam TBBT rupanye, ingatkan sitcom baru ke apa. Baru masuk Netflix India kot tu ramai baru tengok.

Mamat ni maybe tak heran kot, lahir kat London. Dia pun dah lama merantau ke US jadi pelakon.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.579598 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top