CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Cantik Kerja 'Part Time' Jadi Duyung

18-6-2023 08:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1690| Komen: 16

Doktor perubatan itu yang dikenali sebagai Yasmin Awan ketika masa lapangnya bekerja sebagai seorang pemain cosplay yang menyerupai ikan duyung dengan membuat persembahan untuk pelbagai majlis keramaian termasuk sambutan hari lahir kanak-kanak dan resepsi perkahwinan.


New York Post melaporkan, Awan, 28, bertugas di unit trauma Hospital Aintree di Liverpool, England.

Awan, yang nama karakter ikan duyungnya ialah Athena Storm, menjelaskan dia mula berjinak dengan bidang kerjaya itu enam tahun lalu.


"Enam tahun lalu semasa saya mengikuti pengajian dalam Sarjana Perubatan, saya berada di perpustakaan hingga lewat malam, selain menghabiskan banyak masa membuat penyelidikan atas talian.

"Pada waktu itu tiba-tiba saya terjumpa dengan satu iklan, 'mari belajar menjadi ikan duyung'. Saya tertarik dan mula menjalani kursus itu pada hujung minggu untuk menjadi duyung profesional," kata doktor muda itu.


Untuk menjadi ikan duyung profesional, Awan harus belajar menahan nafas di bawah air dan diajar teknik berenang di dalam sut yang mempunyai sirip agar kelihatan seperti seekor ikan duyung.

"Orang ramai tidak menyangka proses untuk menjadi ikan duyung adalah sangat rumit. Ia bukan sekadar berdandan.

"Saya terpaksa belajar menahan nafas untuk jangka masa yang lama. Semuanya sangat teknikal tetapi ramai yang tidak menyedarinya," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 18-6-2023 09:06 PM
Kening ko dah kenape......
Quote tumpanglalu74 18-6-2023 09:12 PM
noor2 replied at 18-6-2023 09:06 PM
Kening ko dah kenape......

Kening mermaid..
Quote hokeypokey 18-6-2023 10:02 PM
cantik??? kurang jelas cantiknya dia kt gambar di atas
Quote hokeypokey 18-6-2023 10:02 PM
Edited by hokeypokey at 18-6-2023 10:04 PM

ter double post plak
Quote makita 18-6-2023 10:24 PM
noor2 replied at 18-6-2023 09:06 PM
Kening ko dah kenape......

Kening dr imelda lagi ngeri. Kening terkandas di tahun 60an. Bab2 lain beri informasi kesihatan mmg cemerlang. Meols suka!
Quote green~tea 18-6-2023 10:27 PM
Cantik apoooo lengan besor kerbau
Quote green~tea 18-6-2023 10:28 PM
noor2 replied at 18-6-2023 09:06 PM
Kening ko dah kenape......

I baru terdetik aposal kening dia konar baring cenggitu.. skali ada yang dah persoal kan
Quote antikorok 19-6-2023 04:09 AM
Duyong jejanz kekar tanah ayer tersenyum sinis

Quote Perawankota 19-6-2023 04:13 AM
Lawo lagi bebi maembong…
Quote supernaturalee 19-6-2023 10:36 AM
antikorok replied at 19-6-2023 04:09 AM
Duyong jejanz kekar tanah ayer tersenyum sinis

ni bkn zach kump bwh kru tu ke

not bad body tu


Quote tipah89 19-6-2023 12:05 PM
duyung gapo gabak gini
Quote kucingitam 19-6-2023 12:23 PM
supernaturalee replied at 19-6-2023 10:36 AM
ni bkn zach kump bwh kru tu ke

not bad body tu

si capik...betullah tu...kumpulan x-factor
Quote vanillaninja 19-6-2023 12:48 PM
Macam tak cantik je?
Quote sharlenetexas 19-6-2023 01:18 PM
supernaturalee replied at 19-6-2023 10:36 AM
ni bkn zach kump bwh kru tu ke

not bad body tu

Tapi heols rendah.


Quote afie_m 19-6-2023 01:18 PM
awat kening macam tu

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.053783 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top