CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Sekolah Dipaksa Melutut, Cium Kaki Pembuli

18-6-2023 08:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 421| Komen: 1

Jakarta: Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi sekumpulan pembuli yang masih memakai pakaian seragam sekolah memaksa beberapa pelajar lain melutut dan mencium kaki mereka, lapor laman Berita Satu semalam.


Menerusi kejadian yang berlaku di Cianjur, wilayah Jawa Barat itu, kumpulan pembuli tersebut turut menendang kepala mangsa dan menumbuk mereka.

Mangsa dipaksa berlutut dan mencium kaki kesemua pembuli. - Instagram

Susulan kejadian itu, Unit Siasatan Jenayah Polis Pacet berjaya menahan AJ, 21, yang menjadi dalang utama buli ganas itu dan enam lagi rakannya yang merupakan golongan bawah umur rata-rata berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Pacet, AKP Hilma Rawalasi berkata, kejadian bermula ketika sekumpulan mangsa buli itu mahu pergi ke Cipanas dengan menumpang sebuah trak.


Dalam perjalanan, trak yang dinaiki mangsa dihalang oleh kumpulan pembuli tersebut.

Akibat ketakutan, mangsa-mangsa segera keluar dari trak dan berlari ke Grand Apple Villa. Mereka kemudian dikepung sebelum dipukul oleh kumpulan pembuli itu.

Dalam utama kes itu, AJ mengakui motif serangan itu berunsurkan dendam. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 18-6-2023 10:43 PM
Kaum kerabat mbak friska. Moga mbak friska taubat sondol suami orang..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.063885 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top