CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

1,000 Pelajar B40 Selangor Dibantu Atasi Kemiskinan Haid

18-6-2023 07:27 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 405| Komen: 15

Shah Alam: Kira-kira 1,000 pelajar B40 dari lima sekolah akan mendapat manfaat menerusi program kempen kesedaran dan penyediaan tuala wanita percuma.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu adalah selaras menangani kemiskinan haid dengan pemberian tuala wanita percuma itu akan dijalankan selama enam bulan.


Amirudin

Katanya, projek rintis itu melibatkan peruntukkan sebanyak RM100,000 daripada RM200,000 yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 Negeri Selangor yang lalu.

“Kita akan tengok model ini dalam tempoh enam bulan. Kalau berjalan dengan ‘cantik’, tahun depan kita akan memperluaskan kepada RM200,000 sebab benda ini (tuala wanita) akan dilaksanakan dalam mesin layan diri.

“Kemungkinan benda ini disalah guna atau dirosakkan dan kita ingin lihat keberhasilannya. Jadi, lima sekolah ini akan menjadi ‘pilot’ projeknya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tekad Pendidikan #Kita Selangor di Dewan Raja Muda Musa di sini, hari ini.


Kelima-lima sekolah itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tua di Gombak, SMK (Perempuan) Bukit Kuda di Klang, SMK Kapar, SMK Putra Perdana di Sepang dan SMK Kuala Selangor.

Jelas beliau, semua pelajar B40 itu akan dikenal pasti atau dicadangkan oleh pihak sekolah.

Dalam perkembangan berlainan, Amirudin memberitahu, sebanyak 939 buah sekolah akan menerima peruntukan RM1,000 setiap satu sebagai dana pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Peruntukan akan disalurkan dalam masa terdekat dan diuruskan melalui jabatan pendidikan.

“Tidak banyak namun rasa adalah baik untuk pengenalan dan suai kenal untuk kita banyak jaringan bagaimana isu PIBG dapat diselesaikan dalam membantu pelajar dan guru dari segi pembelajaran mereka,” jelasnya. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 18-6-2023 07:33 PM
Jadahnye tajuk kemiskinan HAID?
Quote babelina 19-6-2023 09:43 AM
bodo ke apa tajuk tu..ayooooooooooooo!!!!
Quote sagiman91 19-6-2023 10:58 AM
Guys...

meh sini aku citer pasal istilah "Kemiskinan Haid" ni... Istilah ni digunakan kepada perempuan yang sedang haid yang mana mereka tak ada peruntukan untuk membeli pad atau istilah kampung "modes", bagi menutup pendarahan mereka tiap2 bulan.

keparahan tentang kemiskinan haid ini adalah, ada diantara org2 miskin yang memilih untuk mengandung bagi mengelak dari membeli pad tiap2 bulan. klu mengandung kan dah tak berdarah bulan2.
Quote Redskin 19-6-2023 11:37 AM
Period Poverty la tuu diterjemahkan
ke bahasa Melayu jadik Kemiskinan Haid.
Quote bulan_gerhana 19-6-2023 11:45 AM
sagiman91 replied at 19-6-2023 10:58 AM
Guys...

meh sini aku citer pasal istilah "Kemiskinan Haid" ni... Istilah ni digunakan kepada peremp ...

owh.... ini definisinya.. iols ingat org dah tak nak period.. monopaus ke... atau umo yg sepatutnya masih period tapi dah terlalu awal monopaus..
haihh apo la complicated benor pilih utk pregnant sebab x nak kuarkan duit utk beli modes... imagine pilih pregnant lagi maha dasyat... ade yg morning sickness.. ade yg kene bekerja walau sarat preggy... ade yg gdm problem.. lom lagi low hb.. kene berkali2 dtg klinik.. pada iols bio la period.. dari letih bwk perut and pas bersalin.. lagi la nak berjaga mlm jaga baby..

Quote plywood 19-6-2023 11:59 AM
sagiman91 replied at 19-6-2023 10:58 AM
Guys...

meh sini aku citer pasal istilah "Kemiskinan Haid" ni... Istilah ni digunakan kepada peremp ...

biar betul nak mengandung kerana tak mampu beli tuala. .. keluar anak nanti lagi banyak belanja.

Quote zehra2 19-6-2023 12:16 PM
mmg kotex ada program bg pack pad berkotak2..
kita tggu kt pagar masa budak dtg skolah. dah berzaman sjk 3R ada dulu. depa dtg skolah buat ceramah
Quote sagiman91 19-6-2023 02:11 PM
plywood replied at 19-6-2023 11:59 AM
biar betul nak mengandung kerana tak mampu beli tuala. .. keluar anak nanti lagi banyak belanja.
...

lebih mudah untuk dapatkan bantuan dgn ada baby dari bantuan utk period...
Quote sagiman91 19-6-2023 02:15 PM
bulan_gerhana replied at 19-6-2023 11:45 AM
owh.... ini definisinya.. iols ingat org dah tak nak period.. monopaus ke... atau umo yg sepatutny ...

key word dia "miskin"... utk keluarkan what... RM 10 ker RM 50 sebulan bagi pembelian pad bagi golongan ni, mmg parah...

family of 4 pun di luar bandar pantai timur perlukan RM 50 sehari utk makan sahaja... RM 10 adalah sangat berharga...
Quote sharlenetexas 19-6-2023 02:16 PM
Brand apa?


Quote VespaSilbe 19-6-2023 02:17 PM
3 tahun lepas penjaga rumah anak yatim mintak sedekah pad... Benda gitu org tamau sedekah sebab pakai buang cam tak nampak pahala kat mana.. tapi iols paham je napa dia request pad sebab kampit beras dah cecah bumbong..
Quote sangbara2020 19-6-2023 02:39 PM
turunkan le rege...ngong
Quote bulan_gerhana 20-6-2023 09:03 AM
VespaSilbe replied at 19-6-2023 02:17 PM
3 tahun lepas penjaga rumah anak yatim mintak sedekah pad... Benda gitu org tamau sedekah sebab paka ...

herm.. tu lah.. org pk.. sedekah beras lagi byk pahala... tu yg beras menimbun sampai bumbung... byk lagi bende bole sedekah ikut keperluan.. beras dah byk sgt pun boleh berkutu.. sedekah ape je.. semua pahala tu Allah yg tentukan..
Quote copy_paste 20-6-2023 09:34 AM
bulan_gerhana replied at 19-6-2023 11:45 AM
owh.... ini definisinya.. iols ingat org dah tak nak period.. monopaus ke... atau umo yg sepatutny ...

kelebihan mengandung ni selain jimat xyah beli pad, rezeki pun akan murah sbb adanya anak yg dilahirkan nt,
pasal jaga malam tu xde masalah pun kalau dah biasa ada anak ramai
Quote copy_paste 20-6-2023 09:37 AM
sagiman91 replied at 19-6-2023 10:58 AM
Guys...

meh sini aku citer pasal istilah "Kemiskinan Haid" ni... Istilah ni digunakan kepada peremp ...

tp itu merujuk kepada budak sekolah yg x mampu beli pad,xkan la budak skolah nak hamil

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 12:16 AM GMT+8 , Processed in 1.199108 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top