CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai Polis Dikenakan Tindakan Tatatertib, Diarah Jalani Pemeriksaan Mental

18-6-2023 07:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3304| Komen: 44

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan menerima laporan kejadian pegawai polis wanita yang mencetuskan kekecohan di parkir pusat beli-belah di Brickfields, seperti tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.


Menurutnya, tindakan tatatertib dan pemeriksaan kesihatan mental terhadap wanita itu sedang dijalankan.


Beliau berkata, siasatan dijalankan susulan laporan yang dibuat seorang wanita berusia 27 tahun mengenai kejadian.

"Berdasarkan laporan, pengadu mendakwa kejadian berlaku pada 5.26 petang kelmarin ketika dia sekeluarga meletakkan kenderaan di lokasi itu.

"Hasil siasatan mendapati berlaku selisih faham apabila OYDS (orang yang disyaki) ingin meletakkan kenderaan di sebelah kenderaan pengadu tetapi pintu pemandu dan penumpang belakang kenderaan pengadu terbuka.


"Pengadu menyatakan neneknya sedang menukar lampin pakai buang anak saudara ketika itu. OYDS tidak puas hati menekan hon dan menjerit memarahi pengadu serta ahli keluarga," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, wanita itu turut memperlekehkan pakaian pengadu yang kelihatan seksi sambil merakam video.

Bagaimanapun, katanya, perselisihan faham itu dileraikan oleh saksi kejadian iaitu pasangan suami isteri sebelum pengadu beredar masuk ke dalam pusat beli-belah.

Amihizam berkata, kes masih dalam siasatan dan menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video tular itu.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, pegawai polis wanita yang mencemuh dan menghina anggota polis pangkat bawahan di Taman Sri Gombak, Batu Caves pada Khamis lalu sekali lagi mencetuskan kekecohan.

Ia susulan satu video memaparkan wanita berkenaan merakam pemandu wanita di parkir pusat beli-belah di Brickfields, semalam.

Video berdurasi seminit 30 saat itu tular di media sosial.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 18-6-2023 07:22 PM
Yg video dia marah kaum dia tu kes apa plak?
Quote noor2 18-6-2023 07:26 PM
Kahkah....mmg mental pun...mental atau tak lepas jalani pemeriksaan sila lucutkan jawatan beliau......mmg x sesuai pun jd polis
Quote delia3003 18-6-2023 07:37 PM
Baru lagi rupanye kejadian, ingatkan video lama baru viral. Kiranye tak serik lagi. Ada masalah emosi agaknye ni tak pun jenis panas baran cepat melenting. Elok lah sangat diarah jalani pemeriksaan mental.
Quote hareeeesah 18-6-2023 07:38 PM
Really mental la aci ni… her dressing got nothing to do with u b**** polis apa ko ni? Nk parking ko ckp je la pintu keta dia blocked you space ke apa
Quote Buritan 18-6-2023 07:55 PM
Stress sgt kot.. aku pun bila dah stress sgt pun ngamuk.. pntang silap..
Quote Buritan 18-6-2023 08:36 PM
batmana: Yg video dia marah kaum dia tu ...


Tp aku suke cara dia ngamuk ngamuk.. hahaha . Ko ingat ko lawa pakai quitex.. hensem sgt laa tuu pakai spek hitam cam ocpd.. hahaha
Quote Buritan 18-6-2023 08:38 PM
Satu LG aku suke dia ckp psl scammer.. sgt sedap.. JD pembaca berita pun ok.. muka dia pun lawa jgk
Quote Purplehaz 18-6-2023 09:31 PM
Ni jenis makpak dia kaki leter, ckp merapu ... soooo menurun ke anak la
Quote hashashes 18-6-2023 09:36 PM
Tengok minah ni teringat ex boss aku dulu sama lah keturunan dkk gak, perangai macam haram. Kalau nampak ular ngan dia, harus katuk dia dulu. Toxic gila. Sekarang dengar2 laki dah tinggalkan dia kejar betina lain. Adan uke. Karma hits you hard
Quote edayildiz 18-6-2023 09:44 PM
mmg nampak dia mental pun
takat inspektor sahab je pun kak pii..idok la hebat nau...ntah2 dpt jd inspektor pun sbb kabel tu..hbs degree xdpt keja sbb course senduu
Quote doubleharmonic 18-6-2023 09:50 PM
mental pon boleh lepas jadi polis?
Quote gekkou 18-6-2023 10:34 PM
dia nk cepat tgk transformer kot
naik angin plak kete sebelah hegeh2
Quote CoffeeOverdose 18-6-2023 11:05 PM
Tak rasa insp ni ada masalah mental. Ada jer org yg gila merakam dan meroyan mcm ni.
Quote Rdizz 18-6-2023 11:05 PM
gekkou replied at 18-6-2023 10:34 PM
dia nk cepat tgk transformer kot
naik angin plak kete sebelah hegeh2

Kita pun geram kalau some kereta terhegeh lembab, parking limited pastu tak reti say sorry, buat muka ketat je mcm tak bersalah.

Kesian jugak aci tu kot perempuan yg punca dia stress.
Quote Drmu 19-6-2023 01:41 AM
Edited by Drmu at 19-6-2023 01:48 AM

Eloklah Tu bwat pemeriksaan mental..lgi2 kja yg pegang snjata. Mmg ada bbrpa kes bnh dri , slh gne pistol oleh polis sblum2 ni
Quote orglama 19-6-2023 01:49 AM
noor2 replied at 18-6-2023 07:26 PM
Kahkah....mmg mental pun...mental atau tak lepas jalani pemeriksaan sila lucutkan jawatan beliau.... ...

Entah2 kena hukum dihantar berkhidmat ke sabah or sarawak..
Quote CikYaYaYa 19-6-2023 02:38 AM
Herlok laaa check mental minahcii nie sebab gaya nyaa memang nampak macam orang yang mental xstabil..
Quote noor2 19-6-2023 05:10 AM
orglama replied at 19-6-2023 01:49 AM
Entah2 kena hukum dihantar berkhidmat ke sabah or sarawak..

Buat aniaya org sabah sarawak je....patut dia dibuang kerja je
Quote BoongaKertas 19-6-2023 08:11 AM
sheols kalau ok jer kan, iols rasa elok jer jd polis atasan. ada lah karisma sheols tu. dgr intonasi suara pun dah boleh buat anak buah gerun.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.215568 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top