CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jantung Renggo Arrow Makin Pulih, Bakal Timang Anak Keenam

18-6-2023 06:13 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1324| Komen: 10

Penyanyi kumpulan Arrow, Renggo, 54, bersyukur tahap kesihatan jantungnya kini kembali beransur pulih kira-kira 70 peratus.

Pemilik nama sebenar, Mohd Zain Ramli berkata, dia yang menggunakan produk kesihatan alternatif berupa herba yang sesuai sebagai percubaan semakin sihat untuk aktif semula di dalam bidang nyanyian.


Walaupun menggunakan produk kesihatan alternatif, Renggo juga masih terus mendapatkan pemeriksaan berkala di hospital.


"Alhamdulillah, saya bersyukur keadaan masalah jantung yang dialami lebih setahun lalu kini semakin beransur pulih kira-kira 70 peratus," katanya.

Renggo berkata, dia tidak menyangka percubaannya menggunakan ubat herba itu membawa kesan kesihatan jantungnya pulih agak cepat dan ia disifatkan rezeki daripada Allah yang memberikan kesembuhan kepadanya.

"Saya sangat bersyukur dan Allah berikan saya rezeki sihat semula dan produk herba itu serasi dengan badan saya. Sekarang berat badan saya pun dah kembali normal iaitu 73 kilogram berbanding 68 kilogram ketika sakit dulu.


"Saya juga sudah mula menerima tawaran menyanyi di kawasan sekitar Perak ini, cuma masih belum cergas macam dulu lagi. Saya perlukan masa untuk bangkit aktif dan kini bercadang mencari lokasi sesuai untuk membuka kelas vokal juga.


"Bukan tidak yakin dengan ubat dari hospital, tapi saya kena berusaha untuk cuba produk alternatif seperti herba-herba juga. Alhamdulillah, ubat herba yang dicuba sekarang ini serasi dengan badan saya dan menunjukkan hasil positif.

"Saya pun tidak berasa cepat penat sekarang, boleh bangun sendiri dan berjalan. Kalau sebelum ini, saya terbaring saja di katil, nak bercakap pun susah, tiada selera makan, tak boleh bangun dan apa lagi nak berjalan. Semuanya perlukan bantuan isteri dan anak," katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Renggo turut berkongsi berita gembira bakal menimang seorang lagi zuriat walaupun sudah berusia.

"Isteri saya, Roshila Mohd kini menunggu hari untuk kelahiran cahaya mata keenam kami pada 28 Jun ini. Syukur rezeki saya dan keluarga bakal menimang anak walaupun sudah berusia.

"Saya juga sebenarnya dah ada tiga orang cucu kerana anak sulung sudah berkahwin. Apapun, ini adalah rezeki saya daripada Allah dan bersyukur saja," katanya mempunyai anak berusia antara 27 tahun hingga 7 tahun.


Renggo yang popular dengan lagu Aku Tak Marah dan Niat Hati Tak Nak Berpisah muncul naib juara program Kilauan Emas 4 pada 2014.

Selepas kurang aktif dengan Arrow, Renggo juga pernah mengusahakan perniagaan roti canai bagi menjana pendapatan menyara keluarganya.

Bagaimanapun, kini dia mengakui sudah tidak berniaga lagi dan fokus pada nyanyian saja.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babynina30 18-6-2023 07:25 PM
Kellas pakcik di usia 54tahun  dapek anak.
Bini umo berapa ?
Quote penmerah 18-6-2023 07:28 PM
Umur dia 54 tapi kenapa nampak Tua mcm umur 74?
Mungkin sbb berpenyakit or sbb beruban?
Quote dudaberhias 18-6-2023 07:31 PM
semoga cepat sembuh lah ye... tapi kurlastt yach tetua pun sempat timang anak lagi... orang umo gitu dah timang cucu dah...

Quote kuzaime 18-6-2023 08:02 PM
bininya umur berapa? Xde pulak tulis dlm artikel tu..dah anak sulung pun 27 + dah bercucu. Semoga sihat2 selalu ajelah hendaknya..
Quote Miss_LoveLeen 18-6-2023 10:07 PM
Power eekk herba yg diamalkan tu. Tahniah
Quote Ayda89 18-6-2023 10:55 PM
Kalau mampu dari semua segi takpela dah tua ganyut pun nak anak kecik. Kalau xmampu erm….
Quote Suchi 18-6-2023 11:00 PM
Seram plak bab beranak kecik lg nih.
Anak dia yg bongsu pun baru 7 tahun jauh lagi perjalanan then ada yg baby.
Takut sgt bila ada anak kecik time umur dh byk ni. Risau tak larat nk jaga. Rasa tak sabor2 je tunggu anak2 abis sekolah.
Stress weh sebenarnya uruskan anak2 kecil dan yg tgh bersekolah ni.
Quote mamajawie 19-6-2023 10:49 AM
setapak lagi nak ke tanah ada hati timang cucu ehhh anak??kossserrrrr nyahh
Quote dewi_rina 19-6-2023 11:36 AM
Noh rokiah, dalam sakit2 jantung pun sempat.. berlumba dgn harrykhalifah ke
Quote prince_marhaen 19-6-2023 12:17 PM
dalam pada sakit jantung, jual produk herba pulak (promote secara tak langsung), sempat ye okkkk ekkk okkk ekkk ye... patut fokus kesihatan, gaya hidup makan sihat...promote senam ke.. ini promo ubat herba ntah apa kandungan tu... sakit major pulak tu jantung.. tak pasal kekawan sebaya ko semua beli dapat anak jugak nanti.. biasanya minuman-minuman gitu memang gula potong kaki...sebab tu cargas.. tapi diabetik tak terbendung lah.. tok nash jangan nak minum ye... jadi kuda nanti...chuols dah lah sihat walafiat...ke manakah hendak disalurkan nanti?? ehh!!

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.094564 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top