CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sah Bukan Nombor Sebenar, JPJ Gesa Pemilik Mclaren Tampil Buat Laporan

18-6-2023 05:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3637| Komen: 50

Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menggesa pemilik kenderaan mewah McLaren tampil membuat laporan susulan gambar kenderaannya tular dalam kejadian membabitkan suami artis minggu lalu.


Jabatan itu turut mengesahkan nombor plat yang dikatakan milik kenderaan buatan McLaren itu bukan nombor sebenar dan pemilik berdaftar pula adalah orang berbeza.


"Adalah menjadi kesalahan untuk mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan berkenaan mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya kepada BH.

Sebelum ini, suami kepada seorang pelakon dikecam teruk selepas tular videonya didakwa menghina kereta bukan supercar pada sebuah acara pertunjukan kereta baru-baru ini.

Sementara itu di media sosial, netizen mempersoalkan pemilik sebenar kenderaan mewah ditunjukkan suami pelakon berkenaan.

Netizen mendakwa nombor plat tertera dalam gambar itu bukan berdaftar atas kenderaan terbabit dan berdaftar atas nama syarikat yang tiada kaitan dengan suami pelakon itu.



Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 18-6-2023 06:07 PM
Baru saya tau Macam ni pun satu Kesalahan? Kecualilah jika Kenderaan tu sedang dipandu di atas jalan raya.
Quote Carcosa 18-6-2023 06:10 PM
Hahahhaha padan muka kantoi busuk bkn kereta dia. Tulah, lainkali molot jgn mcm jubo ayam. Hah kan da mendpt. Tah apa la si Patin tu pandang jantan boyak annoying tu
Quote chilly 18-6-2023 06:31 PM
Carcosa: Hahahhaha padan muka kantoi bu ...


Sebab yang annoying akan attract orang yang annoying jugak kihkihkih
Quote dua_chzy 18-6-2023 06:33 PM
Fadan muka. Serves you right.
Quote Purplehaz 18-6-2023 07:11 PM
Kot Marketing ...car dealer eh??

Tp Malu ah kalau verangan posing atas keta org lain.
Quote batmana 18-6-2023 07:15 PM
Lain kali posing depan helikopter ke..kapal terbang ke..roket SpaceX ke mars ke...barulah marketing hebat..
Ni posing depan kete cm marketing PPRT je .
Quote blue_blur 18-6-2023 07:49 PM
menggesa pemilik kenderaan mewah McLaren tampil membuat laporan susulan gambar kenderaannya tular dalam kejadian membabitkan suami artis minggu lalu.


banyak kali ulang baca, pemahaman aku, ada 3 pihak, pemilik kereta, pemilik no.plet dan suami artis.......

dah bunyi sah2 tu bukan kereta dia, semua nya pinjaman aja seperti kita semua dah boleh agak.
Quote vespa_oren 18-6-2023 08:04 PM
[Repost] SCRUT OPAI (ALIFF AWANG) - SUAMI ARTIS, FATIN AFEEFA!

Semalam ada orang minta Uncle SCRUT si budak forex, Opai.

Dia kasitau,

“Uncle, tolong SCRUT mamat forex ni. Dia hina gang H, Uncle. Dia kata H najis. So, kalau kereta McLaren tu atau plate no QPA1 bukan atas nama dia. Dia memang super najis!”

Demi kawan-kawan H, Uncle turn on SCRUT ANALytica untuk trace owner QPA1. Dapatan daripada sistem SCRUT, ianya bukan milik Opai, tetapi milik Revenue Scope Sdn. Bhd. yang tidak dimiliki pun oleh individu bernama Aliff Awang.

Maka sahlah si Opai tu hanya pinjam nombor plate orang atau drama saja untuk tunjuk kaya. Cuba kalian tanya dia. QPA1 tu memang nombor dia ke? Kalau bukan, memang najislah! Kan?

Uncle cuba trace kereta McLaren tersebut menggunakan SCRUT ANALytica sekali lagi. Uncle menemui yang kereta McLaren itu dimiliki oleh individu bernama Abd Hafiz bin Ab Wasa.

Aik?

Dia ni berniaga apa ya? Ke ada kena mengena dengan forex? Jadi IB forex? Jadi LP?

Sambung bayar ke? Ke nak lari cukai? Pakai lembu?

Tak steady-lah Opai kalau kereta bukan nama sendiri. Kalau zaman Uncle ni, kami panggil gang camni sebagai mughallazoh!

So, adakah Opai juga mughallazoh?

Macam tak mungkin, dia kan kahwin dengan artis. Takkanlah artis nak kahwin dengan mughallazoh.

Kan?

????

ps : (Disclaimer) For Facebook information, the photo is taken from mainstream newspaper, the company’s information is from open data saurce which we could get it from SSM or www.interepo.com. There is no privacy or private datas violated.
Quote pearl.silver 18-6-2023 08:38 PM
Hafiz wasa tu dah wat statement. Keter tu opai habis byr tp blum tukar nama.
So opai pun mampu sambung byr je la kn.
Quote miszclassique 18-6-2023 09:22 PM
pearl.silver replied at 18-6-2023 08:38 PM
Hafiz wasa tu dah wat statement. Keter tu opai habis byr tp blum tukar nama.
So opai pun mampu sambu ...

Kat mana statement dia, cer share link
Quote MisXoXo 18-6-2023 09:49 PM
Kat komen fb aliff ada org komen kan yg owner asal si hafiz wasa tu bgtau opah dh hbs bayar tp x tukar nama lagi.pastu post kt fb aliff ahmad kena report.so posting hilang.tp scrut auto ada repost balik.katanya hafiz wasa ada up pasal ni tp doa turunkan balik posting dia..xtau posting apa
Quote hokeypokey 18-6-2023 10:11 PM
tu la opai, ko langsi sangat, kan netizen dh gali mcm2, cer ko duk diam2 jer peluk pipah tu
Quote LadyCarefree 19-6-2023 01:55 AM
Harap dapat korek banyak lagi pasal opaik
Quote CikYaYaYa 19-6-2023 02:28 AM
ingatkan kaya sangat sampai duk hina2 kereta orang lain. Sekali duk berlagakk gunaa kereta orang lain rupanyaa
Quote antikorok 19-6-2023 03:59 AM
Edited by antikorok at 19-6-2023 04:04 AM

Pot calling kettle black
Tulerrr, sedap mengata kuali, sedangkan bontot belanga sendirik hitam legam namampos tak sedor
Quote Lagubestbest 19-6-2023 04:01 AM
lol. opai patut g bguru ngan geng pounder timbang kilo kelantan cara betul nak menipu.
Quote she 19-6-2023 05:12 AM
FOTHER-MUCKER replied at 18-6-2023 06:07 PM
Baru saya tau Macam ni pun satu Kesalahan? Kecualilah jika Kenderaan tu sedang dipandu di atas jalan ...

Iya salah

Kalau kereta masuk autoshow pun
Kita buang plat atau cover
Kalau letak no plat kereta orang lain
Ada bukti bergambar dah cukup untuk JPJ anta surat sampai rumah minta bawa kereta masuk inspection

Quote she 19-6-2023 05:15 AM
Dalam kes Opai ni
Ramai tak faham
Guna alasan beli kereta tak tukar nama

Kereta tu kalau dijual beli pun
No plat tetap sama
Kecuali Opai dah beli dan dia tukar nombor plat secara sah

Masalah sekarang kereta tu nama orang lain
Konon yang mengaku jual kat Opai tapi belum tukar nama
Tapi kenapa no plat tak sama dengan no sebenar kereta tu?
Itu yang jadi persoalan dan isu
Quote Suchi 19-6-2023 06:47 AM
Ermmm org melayu kat malaysia ni asal nampak kaya dan berjaya mesti ujung2……

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.290842 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top