CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ugut Pemandu, Rosakkan Kereta, 'Rider' Makanan Ditahan Polis

18-6-2023 04:21 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 942| Komen: 7

Ampang Jaya: Hanya kerana tidak berpuas hati selepas mendakwa motosikal ditunggangnya dihimpit sebuah kereta menyebabkan seorang penghantar makanan mengugut pemandu kereta terbabit dan merosakkan kenderaannya di Jalan Ukay Perdana di sini.


Dalam kejadian 6.40 petang Rabu lalu, mangsa yang berusia 28 tahun sedang memandu kereta sebelum dihampiri penunggang motosikal dengan menunjukkan isyarat lucah.


Penunggang terbabit turut bertindak merosakkan kenderaan mangsa, malah berlaku pertengkaran antara mereka ketika berhenti di tepi jalan di mana mangsa mengalami kecederaan selepas tersepit di pintu kereta ketika ingin keluar apabila lelaki itu menolaknya.

Mangsa yang cedera kemudiannya tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan suspek berusia 28 tahun di Taman Keramat di sini, Khamis lalu.


Menurutnya, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah.

"Ujian saringan awal air kencing juga didapati negatif dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 18-6-2023 05:51 PM
Padan muka. Perangai rempit makan diri. Malas ak nak kesian dgn rider ni, menyusahkan pengguna lain atas jalan
Quote Skuau 18-6-2023 06:35 PM
dakwaan dia dihimpit kenderaan 'mangsa' ada disiasat ke idok ni???
Quote tumpanglalu74 18-6-2023 06:57 PM
Kasi je rider ni polis eskot sekor sorang baru depe puas hati dapat conquer jalanraye..
Quote PULANGKAN 18-6-2023 07:06 PM
Skuau replied at 18-6-2023 06:35 PM
dakwaan dia dihimpit kenderaan 'mangsa' ada disiasat ke idok ni???

itula, kena siasat gak

haritu Iols baru nampak ada kereta ni bawak himpit motor ke lori
nasib baik driver lori tu yang perasan, dia elak motor. kalau tak dah kena gilis depan mata Iols
memang celaka kereta tu. bawa menonong ke depan, tak toleh kiri kanan. sidemirror tu hiasan je. belok tak bagi signal.
Quote blue_blur 18-6-2023 10:43 PM
Skuau replied at 18-6-2023 06:35 PM
dakwaan dia dihimpit kenderaan 'mangsa' ada disiasat ke idok ni???

tak boleh buat apa sebab takda bukti video. tapi backfire pulak driver tu ada bukti kecederaan. motor ni memang kena sentiasa extreme alert tengok sidemirror tiap 5 saat, mengalah aja kalau ada driver gila nyelit sana sini... tak baloi gaduh, lagi baik dia block kereta tu ride slow2 harapkan driver tu langgar untuk dapatkan bukti kecederaan...
Quote Skuau 19-6-2023 10:01 AM
PULANGKAN replied at 18-6-2023 07:06 PM
itula, kena siasat gak

haritu Iols baru nampak ada kereta ni bawak himpit motor ke lori

dedulu..orng mai rompak umh kita..kita belasah dia teruk..kita pulok kena bahan...rhisau mat motor ni pun 'kena camni'....tu yg tanya..'aduan dia siasat ke idok'.
Quote mojarean_X 19-6-2023 10:03 AM
Kalo herlokk harus dimaafkan

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.158764 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top