CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elak Mesra Dengan Penerbit, Adam Corrie Tak Nak Disalah Anggap Nak Dapat 'Job'

18-6-2023 03:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 252| Komen: 4

Enggan kemesraan dengan penerbit disalah anggap sebagai cubaan untuk mendapatkan tawaran lakonan, pelakon Adam Corrie mengambil pendekatan untuk tidak meletakkan batas.

Aktor berusia 55 tahun itu membuat keputusan tersebut selepas berhadapan dengan pengalaman sendiri termasuk ditolak ke sana sini seperti bola.



"Saya sebenarnya takut jumpa produse sebab dapat rasanya satu pandangan lain seperti kita menagih 'job'. Jadi, saya lebih suka mengelak daripada berjumpa mereka.

"Kalau jumpa pun, saya cuba berborak biasa tanpa ada kena-mengena dengan soal kerja. Saya pernah kena apabila dianggap seperti bola oleh seorang penerbit.

"Saya tiada niat apa-apapun. Ketika itu, baru habis 'shooting' (penggambaran) kita pun berkemas untuk balik dan berjumpa dengan penerbit berkenaan serta berborak. Kemudian, dia bawa saya jumpa pengarah dan cakap, kalau nak 'job' tanya dia (pengarah).


"Pengarah itu pula bawa saya jumpa seorang yang lain dan cakap kalau nak 'job' minta dengan orang itu. Saya jadi bengang sebab dibuat seperti bola dan masa itu, saya bukan minta 'job' pun," katanya.


Adam berkata, dia juga tidak mahu meluahkan mengenai tiada 'job' atau tawaran berlakon kerana pernah terkena dengan seorang pengurus produksi yang memaklumkan kepada penerbit.

"Saya dihubungi seorang penerbit yang menawarkan berlakon untuk satu telefilem dan bayarannya RM500 sehari. Apabila saya tanya berkenaan harga yang dirasakan kurang sesuai, ia dikata itu saja bajet yang mereka ada.

"Sebenarnya, saya bukan nak bersikap terlalu 'demand' tapi saya bukan baru sebagai pelakon. Saya sudah membintangi lebih 30 filem, jadi jangan buat saya seperti itu (bayaran RM500) macam terdesak sangat nak 'job'," katanya.

Adam berkata dia tidak mahu lagi meluahkan kepada sesiapa mengenai tiada tawaran lakonan dan sebagainya. Katanya, dia sentiasa percaya pada rezeki Allah dan kalau itu adalah miliknya ia pasti akan diperoleh juga.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lazim 18-6-2023 05:15 PM
Dia ni mcm ada sejenis ego. Semua nk nada sombong. Bila xde job merintih2. Dah la cpt sentap
Quote dudaberhias 18-6-2023 05:35 PM
maaf kalau terjujur tapi RM500 sehari tu kalau rasa tak sesuai... sah2 la demand lebih...
rm500 tu sehari kot bukannya sebulan...

kalau arwah abam dulu rm300 sehari tu pun dia ambik nokkk...

500 x 30 dah 15 ribu... tu kalau dapat job hari2 la... tapi kalau ko expect banyak tu tak sesuai entah lah... retis bila dah start di bayar tinggi memang akan demand sampai ke tua.. kena la ubah tabiat tu yang ko tak sentiasa laku...
Quote Perawankota 19-6-2023 04:24 AM
Yasin senario pon dorg bayar dia 500sehari.. bersyukurlah klu Ada yg nak bayar byk tu utk zaman sekarang ni.. lagipon bukannya Watak hero pon
Quote Burong_Hantuk 19-6-2023 08:09 AM
x pernah minat kat dia nih...propa jer lebih

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.037727 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top