CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Bila Saya Jadi Pm, Saya Tak Mahu Zalim, Nafi Hak Rakyat' - Anwar

18-6-2023 02:08 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 743| Komen: 16

Tumpat: Kerajaan sama sekali tidak akan berlaku zalim kepada rakyat atau menganaktirikan negeri pembangkang biarpun berbeza fahaman politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hak rakyat tidak akan dinafikan terutama dalam hal keagamaan serta kebajikan.



"Perundingan baik antara Kerajaan Persekutuan dan negeri sangat diperlukan untuk membantu rakyat walau memilih (pilihan raya) itu keputusan rakyat.

"Bila saya jadi PM, saya tak mahu zalim, nafikan hak rakyat dan buat tuduhan palsu untuk sumbat orang dalam penjara walau itu sudah saya lalui ini.

"Kita (kerajaan) ada berbeza pendapat tapi saya tak akan zalim, soal Pilihan Raya Negeri (PRN) nak berbalah, kita berbalah tapi jangan bebankan rakyat," katanya dalam ucapan di sini, hari ini.

Beliau bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir di perkarangan Masjid At-Taqwa, Mukim Alor Pasir, di sini, dan menyerahkan peruntukan sebanyak RM7.76 juta untuk projek menyiapkan masjid terbabit.


Beliau berkata, Kelantan antara negeri yang menerima peruntukan paling besar dalam Belanjawan Madani dan perkara yang sama dinikmati Kedah yang juga negeri pembangkang.

Katanya, di Kelantan, isu bekalan air serta banjir turut diutamakan kerana ia membabitkan rakyat malah peruntukan sejumlah RM103,863,258 turut disalurkan kepada golongan imam, bilal, siak, guru takmir dan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini.

"Dalam Belanjawan Madani lalu, semua projek kita teruskan antaranya tadahan air, naik taraf jalan Pak Badol ke Melor, pembinaan Jambatan Palekbang termasuk beberapa projek baharu Sungai Golok.

"Begitu juga dengan sekolah agama rakyat (SAR) yang mana semua keperluan peruntukan dihentikan pada 1999 oleh Perdana Menteri masa itu manakala saya sedang 'berehat' di (penjara) Sungai Buloh.

"Bila saya jadi PM sekarang, saya akan kaji balik semua keperluan SAR dengan tidak memilih kelompok mana-mana, sama rata kerana institusi itu ada peranannya," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 18-6-2023 02:16 PM
Mulianya bang non. We not deserve kebaikan bang non
Quote Decaffeinated 18-6-2023 03:25 PM
Saya cuma mahu nafi hak T20 ja

Quote pengecatbintang 18-6-2023 03:32 PM
DSAI x penah janji nak tolong settle masalah air kat klate...

tup2 x sampai 6 bulan jadik PM...

dah start cari solution utk masalah air klate..

walaupun klate PAS pegang

tp tu ler..

DSAI da hint2 nak tolong jugak masalah air Kedah

tp Noosi nyombong..

siap cari lagi salah DSAI - skop pengampunan DSAi

kesian rakyat Keda..

Quote noell 18-6-2023 04:32 PM
sila buat poll kita tgk sapa yg kena
Quote Zeatyisaac 18-6-2023 04:50 PM
Setuju, jangan nafikan hak kami sebagai rakyat Bumiputera.
Quote gekkou 18-6-2023 06:47 PM
aku cuma mampu tersenyum dan melihat
Quote harisbee 18-6-2023 07:03 PM
pengecatbintang replied at 18-6-2023 03:32 PM
DSAI x penah janji nak tolong settle masalah air kat klate...

tup2 x sampai 6 bulan jadik PM...

Itu tanggungjawab..bukan perlu janji..rakyat kelantan pun byr cukqi..yg lari cukainya cina ph
Quote jihyomelly 18-6-2023 07:06 PM
ye la taknak zalimi rakyat..abih barang semua naik camna? makin lama makin mahal
Quote pengecatbintang 18-6-2023 08:43 PM
Edited by pengecatbintang at 18-6-2023 08:44 PM
harisbee replied at 18-6-2023 07:03 PM
Itu tanggungjawab..bukan perlu janji..rakyat kelantan pun byr cukqi..yg lari cukainya cina ph

ya tanggungjawab semua PM..

apa yg Bijan & Abahcow buat masa depa Pee Eem..

masa Bijan & Abahcow Pee Eem, depa comolot lagi ngan PAAS..

x jugak settle masalah ayor...

PH yg x comolot ngan PAAS n Klate bukan under PH pong, DSAI offer bantu dan kmdian bantu..

Sanoosee x yah cakap ler..

DSAI bagi hint2 nak tolong Keda yg bukan under PH..

tp sanoosee nyombong dan dibantainya balik DSAI
sanoosee pertahankan ego nya tp yg tanggung masalah ayaq adalah ore keda

kat sini da tau sapa PM n muntrik besaq yg nak buat keje untuk rakyat

tapi banyak rakyat membutakan mata dan bantai DSAi lagik ada

manusia x tau bersyukur

Quote Perwira2022 18-6-2023 09:12 PM
Berjela2 janji tak ditunaikan malah dibuat pelbagai dalih & alasan... Yg tu tak zalim katanya kahkahkah
Quote Innrukia 18-6-2023 09:44 PM
dah terbukti hang menzalimi rakyat, langsung takde apa utk bantu rakyat hadapi kenaikan kos sara hidup. hang & munteri2 yg hang lantik sorg pun tak layak... kaki temberang & penyangak termasuk anak bini hang..
Quote Azharitubunga 18-6-2023 10:05 PM
Kenapa aku nampak khinzir berterbangan bebas di angkasa raya
Quote Azharitubunga 18-6-2023 10:05 PM
Kenapa aku nampak khinzir berterbangan bebas di angkasa raya
Quote ctaz 18-6-2023 10:08 PM
KITA KENCING SAMPAI HANCINGGGGGGGGGG
Quote ctaz 18-6-2023 10:17 PM
KITA KENCING SAMPAI HANCINGGGGGGGGGG
Quote pengecatbintang 18-6-2023 11:07 PM
jihyomelly replied at 18-6-2023 07:06 PM
ye la taknak zalimi rakyat..abih barang semua naik camna? makin lama makin mahal

gomen kena bagi sabsidi

sabsidi naik, utang negara naik

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.205245 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top