Perkongsian menerusi media sosial mengenai seorang kanak-kanak didapati telah mencuba lolipop pada pistol mainan yang dipamer untuk jualan mencuri tumpuan netizen. Apa yang membuatkan warga maya lebih geram adalah apabila ibu kepada kanak-kanak terbabit tidak mempedulikan dakwaan peniaga selain menafikan ia dilakukan oleh anaknya.
"Maaf kak, anak akak dah jilat lolipop tu," ujar peniaga. Bagaimanapun wanita itu menafikannya kerana tidak melihat gula-gula yang dinyatakan. Apabila ditunjukkan, dia kemudian menjadikan alasan anaknya yang usianya masih muda untuk tidak membayar harga gula-gula tersebut. "Alaaa, budak-budak biasalah... tak kena pun tu ada plastik," katanya kepada penjual. Dia kemudian terus berlalu pergi tanpa membayar ganti rugi kerosakan yang disebabkan anaknya itu. Bagaimanapun, bagi peniaga, barang yang telah dicuba akan dikategorikan sebagai rosak oleh pihak kedai dan tidak dapat dijual.
"Kalau ada barang yang dah kena jilat, nak beli untuk anak sendiri? "Mohon ibu bapa jadilah parents yang bertanggungjawab. Kesalahan anak, ibu bapa kena betulkan," luahnya menerusi video di media sosial. Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya. Tindakan wanita tersebut dianggap tidak bertanggungjawab kerana enggan membayar ganti rugi gula-gula berpunca daripada anaknya. Turut meninggalkan komen adalah peniaga barang mainan. Menurutnya, dia sentiasa mengalami kerugian disebabkan kanak-kanak mencuba barang permainan yang dipamerkan sehingga rosak. Paling menyedihkan apabila ibu atau bapa hanya berlalu pergi selepas mengambil anak mereka tanpa membeli atau membayar ganti rugi. Sumber: mStar
|
hasniey replied at 19-6-2023 09:03 PM
Aku jumpa mak mcmni kt kedai roti.anak dia amik roti jatuh kt lantai.eh dia nk masuk balik eh dlm tr ...
ADVERTISEMENT