CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

129 Migran 'Mandi Peluh' Dalam Trak

18-6-2023 10:29 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 118| Komen: 1

Mexico City: Pihak berkuasa Mexico menemui 129 migran, kebanyakannya dari Guatemala, bersesak di dalam sebuah trak di timur Veracruz, kata Institut Migrasi Kebangsaan (INM) dalam kenyataan pada Sabtu.


Kumpulan migran itu disumbat di dalam trak terbabit dalam keadaan gelombang panas melanda Mexico, dengan suhu boleh mencecah sehingga 45 darjah celsius di beberapa negeri, termasuk Veracruz, lokasi migran berkenaan ditemui.

Treler yang membawa 129 migran diselamatkan NIM. FOTO Instituto Nacional de Migracion Via Reuters

Migran yang ditemui pada Jumaat adalah individu dewasa dari Guatemala, Honduras, India dan El Salvador, selain 19 kanak-kanak bawah umur tanpa penjaga, kata institut berkenaan.

Menurutnya, kanak-kanak berkenaan akan diletakkan di bawah penjagaan kerajaan negeri, sementara nasib yang lain akan ditentukan menerusi undang-undang di Mexico.


Empat suspek disyaki penyeludup turut ditahan.

Akhir Mei lalu, ejen imigresen menemui 175 migran lebih jauh dari selatan negara itu, terutama Amerika Tengah, di Chiapas.

Seramai 300 lagi berjaya 'dihentikan' di pusat pemeriksaan Veracruz pada Mac.

Kebanyakan migran yang melarikan diri akibat keganasan dan kemiskinan di Amerika Latin sering membayar penyeludup untuk melintasi Mexico ke sempadan Amerika Syarikat (AS)

Sebahagian daripada mereka terpaksa merentasi kawasan yang penuh dengan sindiket dadah, menjadikan mereka terdedah dengan jenayah terancang.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 18-6-2023 10:38 PM
nasib baik tak mati lemas kurang oksigen

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.446716 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top