CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

AR Badul Sedia Berdepan Kritikan

17-6-2023 11:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1144| Komen: 10

Mengakui jalan cerita filem Vik2ria Secret menyelitkan sebilangan kecil elemen lucah dan kurang sopan, pengarah dan pelakon, AR Badul bagaimanapun bersedia berdepan dengan kecaman dan kritikan.

Mula ditayangkan pada 15 Jun, terbuka untuk menerima apa saja bentuk komen serta mengalu-alu pandangan masyarakat tentang filem tersebut.


Katanya, pandangan yang dilemparkan oleh penonton adakalanya benar namun teguran berkenaan haruslah sesuai pada tempatnya.

“Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Setiap orang ada pendapat masing-masing, jadi kita tak boleh marah.

“Ada yang anggap filem ini lucah dan serta mengandungi dialog yang agak kurang sopan. Tapi banyak lagi filem lain yang mengandungi elemen seperti itu,” katanya selepas majlis pratonton filem Vik2ria Secret baru-baru ini.

Filem tersebut menampilkan pelakon Annie Arifin, Ropie, Man Raja Lawak, Fiza Halim dan ramai lagi.


Kongsi Badul, jalan cerita yang dipaparkan Vik2ria Secret lucah dan keterlaluan seperti yang dianggap ramai pihak. Bahkan, skrip asal cerita tersebut telahpun dirombak bagi memastikan ia sesuai untuk tontonan umum.


“Bagi saya ia tidaklah keterlaluan kerana dalam yang berlebih-lebihan itu telahpun dikurangkan ketika skripnya dirombak.

“Kita kena ikut undang-undang dan hukum agama. Jauhi yang dilarang.

“Kalau nak tengok cerita di luar kotak, inilah salah satunya. Tapi kami hasilkan untuk disesuaikan dengan budaya masyarakat tempatan,” jelasnya.


Sumber: Utusan

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 17-6-2023 11:36 PM
Kongsi Badul, jalan cerita yang dipaparkan Vik2ria Secret lucah dan keterlaluan seperti yang dianggap ramai pihak. Bahkan, skrip asal cerita tersebut telahpun dirombak bagi memastikan ia sesuai untuk tontonan umum.


So, mmg nk cakap cite ni lucah ke hape?
Quote matbad 18-6-2023 01:39 AM
Tgk la ceta dia dari dulu mcm mna kira pompuan jaaaa hihihi
Quote dudaberhias 18-6-2023 02:08 AM
poster pun taraf2 ahlong tampal bawah jambatan tu nyah...
tak pun poster buruk yang dah melekat kat dinding kedai cina sejak 1990an... cuci2 tak keluar... yihhhh...

filem sekadar nak habiskan memang gitu lah jadinyaaa...
elok lah bapak si toaster smeg tu kena humban keluar dari finas tu....

Quote KamikuP 19-6-2023 10:35 AM
Ya amponn hauk sungguh poster nya nyah.. knp tak letak gambar jurugambar, penulis skrip, tukang buat air kasik penuh sendat poster tu noks.. ekekeke
Quote Prickford 19-6-2023 10:55 AM
Patut la ada gosip murahan Badul dgn pelakon filem tu yg katanya bernikah. Publisiti murahan rupanya, cheap marketing. Dah tua2 nak gol pon masih gatal buat filem takde adab.
Quote ctaz 19-6-2023 11:46 AM
citer mcm ni tak perlu pun letak kat pawagam....
elok jual kat astro first jer
Quote Kurex 19-6-2023 11:51 AM
Poster pun nampak murah. Macam kembali zaman dvd jah. Poster porn pun lebih cantik
Quote izat123 19-6-2023 11:54 AM
dudaberhias replied at 18-6-2023 02:08 AM
poster pun taraf2 ahlong tampal bawah jambatan tu nyah...
tak pun poster buruk yang dah melekat kat  ...

Filem ni dapat dana FINAS ke?
Quote marchikobonzo 19-6-2023 02:09 PM
Boikot je la cerita yang tak membina & menjatuhkan maruah wanita ni
Quote soulmatte 19-6-2023 03:26 PM
Umur dh 73tahun pun tak insaf2 lagi, nak jugak buat filem tak bermanfaat. Hidup nak menongkat langit ker. Agak2 berapa kutipan filem ni yer.. Ada ker org nk tengok

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.068546 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top