Shah Alam: Seorang doktor hamil empat bulan ditemui mati dengan menggantung diri di rumahnya, awal bulan ini. Pihak polis tidak menolak tindakan itu berkemungkinan disebabkan tekanan perasaan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa berusia 32 tahun dan bekerja sebagai doktor di sebuah klinik kesihatan kerajaan. Siasatan lanjut di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang pergelutan dan pemeriksaan awal tubuh badan mangsa juga tiada kecederaan fizikal lain. “Bedah siasat telah dijalankan pada 6 Jun lalu di Hospital Shah Alam dan punca kematian adalah disebabkan sesak nafas. Punca bunuh diri masih dalam siasatan dan kita tidak menolak kemungkinan disebabkan tekanan yang dihadapinya,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau menambah, siasatan yang dijalankan turut mendapati mangsa tidak mempunyai masalah berkaitan kerja dan kewangan.
Mohd. Iqbal memberitahu, satu laporan polis telah dibuat pukul 8.55 malam pada 5 Jun lalu selepas menerima makluman daripada pihak Hospital Sungai Buloh yang menerima panggilan kecemasan dari seorang lelaki berusia 32 tahun yang memaklumkan isterinya mengantung diri di rumahnya. Mangsa telah dibawa ke zon merah Hospital Shah Alam oleh suaminya sendiri dengan menaiki kereta namun gagal diselamatkan petugas hospital itu. “Tempat kejadian merupakan sebuah rumah teres dua tingkat dengan mangsa dipercayai mengantung diri sendiri di sebuah bilik di tingkat atas menggunakan kain selendang yang diikat pada kipas dalam bilik tersebut. Turut ditemui sebuah tangga dipercayai digunakan mangsa” katanya. Jelas beliau, kes diklasifikaskan sebagai sebagai mati mengejut dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Ketua Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam Sarjan Mejar Muhammad Shafawi Yaacob di talian 03-55202222,” katanya. Sumber: Kosmo! Online |
supernaturalee replied at 17-6-2023 11:06 PM
So sad
Korg yg ada trigger atau terlintas ke arah suicide tu
_kelly replied at 17-6-2023 04:24 PM
kadang2 they are not able to talk/open up
dont know how to..
dua_chzy replied at 18-6-2023 12:53 AM
Btw sebab pakai selendang aiols speku Indian. Atau Mamak.
sweetpea911 replied at 17-6-2023 05:57 PM
Shawl lilit2 pun boleh sister.. sedihnya.. habis putus asa dah kalau nekad gini
dua_chzy replied at 18-6-2023 01:48 AM
Jangan berdoa untuk orang lain je nok. Berdoa la huntok kesihatan mental fizikal diri sendiri terpal ...
ADVERTISEMENT