CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Setiausaha Agung Parti Pemerintah Bangladesh Disyaki Bunuh Wartawan

17-6-2023 10:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 228| Komen: 0

Dhaka: Polis Bangladesh menahan seorang ahli politik yang didakwa mendalangi pembunuhan seorang wartawan yang menulis berita mengenai keluarganya.

Menurut Batalion Tindakan Pantas (RAB) elit negara itu, Mahmudul Alam Babu, 50, ditahan berhampiran sempadan India selepas pemburuan di seluruh negara.


Suspek didakwa mengarahkan pembunuhan Golam Rabbani Nadim pada Rabu oleh sekumpulan lelaki berhampiran rumahnya di daerah Jamalpur. Nadim kemudiannya meninggal dunia di hospital.

Mahmudul Alam Babu. - Foto ihsan Dhaka Tribune

Menurut Ketua Polis tempatan, Sohel Rana, Babu bertindak balas untuk beberapa siri berita mengenai pertikaian hak penjagaan membabitkan seorang kanak-kanak berikutan perceraiannya baru-baru ini.

"Dia adalah tertuduh nombor satu dalam kes itu berikutan seorang wartawan melihatnya di tempat kejadian apabila Nadim dipukul sekumpulan lelaki.


"Enam yang lain turut ditahan," katanya.

Rana berkata, Babu adalah Setiausaha Agung Awami League, parti pemerintah diketuai Perdana Menteri, Sheikh Hasina.

Presiden Kelab Akhbar tempatan, Shaheen Al Amin memberitahu AFP, Babu berang dengan "liputan meluas" Nadim mengenai pertikaian keluarganya dan memfailkan saman fitnah terhadap wartawan itu tetapi mahkamah membatalkan kes itu.

"Keesokan harinya Nadim diserang oleh orang Babu dan kepalanya dipukul dengan batu bata, hingga maut akibat pendarahan dalaman," katanya.

Kumpulan wartawan mengadakan protes selepas pembunuhan itu bagi menuntut penahanan penjenayah.

Reporters Without Borders meletakkan Bangladesh pada kedudukan 163 daripada 180 negara dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2023.

Wartawan dengan saluran media bebas Bangladesh yang semakin berkurangan, mengalami tekanan daripada kerajaan dan parti pemerintah Hasina.

Pada Mac, pengarang akhbar terbesar negara dan seorang wartawan didakwa di bawah Akta Keselamatan Digital yang kontroversi kerana menulis artikel mengenai kos makanan yang tinggi.

Pihak berkuasa pada Februari lalu mendakwa tindakan diambil kerana ia melanggar undang-undang akhbar. - AFP


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.794165 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top