Kulai: Dua wanita maut selepas motosikal yang ditunggang mereka secara berasingan, dipercayai dalam konvoi terbabas dan merempuh treler di laluan bertentangan, di Jalan Gunung Pulai, di sini, tengah hari tadi.
Pemangku Ketua Polis daerah Kulai, Superintendan Yusof Othman, berkata kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu treler Volvo dan motosikal Y15ZR serta Y16ZR, yang dinaiki wanita tempatan, masing-masing berusia 36 tahun dan 38 tahun. Beliau berkata, siasatan mendapati kedua-dua motosikal kawalan di selekoh Jalan Gunung Pulai dan terbabas sebelum merempuh sebuah treler di laluan bertentangan. Katanya, kejadian berlaku ketika cuaca hujan dan permukaan jalan licin.
"Mangsa berusia 36 tahun mengalami kecederaan parah meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala wanita berusia 38 tahun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini. "Pemandu treler berusia 39 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. Terdahulu, tular di media sosial sebuah video berdurasi 31 saat memaparkan dua motosikal terbabit terbabas ketika melalui selekoh jalan dalam cuaca hujan. Sumber: BH Online
|
pisanggoreng: 2615073 sempat lagi eh buat konten ngan membe
pisanggoreng replied at 18-6-2023 10:56 AM
sempat lagi eh buat konten ngan membe
ADVERTISEMENT