CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Suami Isteri Maut Nahas Di LPT2

17-6-2023 09:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1226| Komen: 16

Kemaman: Sepasang suami isteri maut manakala dua anaknya cedera selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 267.2, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2), dekat Cheneh, petang tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 4.10 petang itu, mangsa maut ialah Mohd Riduan Mohd Yaacob, 35, dan isterinya, Zahidah Hanisah Mohamad, 35, beralamat di Pulau Sekati, Kuala Terengganu.

Mohd Riduan dan Zahidah maut selepas terbabit dalam kemalangan di LPT2, petang tadi. - NSTP/Rosli Ilham

Dua anak pasangan itu, Muhammad Uwais Wafiuddin Mohd Riduan, 8, dan Raudhatul Khayra Mohd Riduan, 3, dilaporkan parah serta dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

Ketika kejadian, Zahidah yang juga guru Sekolah Kebangsaan Paka bersama suami dan dua anaknya dalam perjalanan dari Kuantan untuk pulang ke rumah di Kuala Terengganu.

Komander Operasi, Balai Bomba Dan Penyelamat Cheneh, Zulkifli Abd Ghani, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 4.14 petang.


Katanya, tujuh anggota dihantar ke tempat kejadian dan mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga terbalik di tengah lebuh raya.

"Pasangan suami isteri disahkan meninggal oleh pegawai perubatan di lokasi manakala dua anak mereka dihantar orang awam ke Hospital Kemaman.

"Kerja-kerja mengalih kenderaan dan membersih persekitaran kawasan kemalangan siap sepenuhnya kira-kira jam 7 malam," katanya.

Kereta yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan sepasang suami isteri di LPT2, petang tadi. - NSTP/Rosli Ilham

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kereta dinaiki mangsa dipercayai terbabas ke kiri sebelum melanggar besi penghadang jalan lalu berpusing dan terbalik di tengah lebuh raya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 17-6-2023 09:55 PM
Innalillah....cemana la ko bawak kereta yg dlm tu ada wife dan anak2  kecik2....
Quote Binodino 17-6-2023 10:07 PM
LPT2 pun nama je highway tapi berombak macam rollercoaster. Macam mana la tak kerap eksiden je kat highway tu.
Quote Belibis 17-6-2023 10:10 PM
Biasa laaa..umur2 sebelum 40 memang pijak minyak tak hengatttt..salam takziah .
Quote zamnie 17-6-2023 10:11 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote Ahriman 17-6-2023 10:27 PM
Salam takziah
Quote Azharitubunga 17-6-2023 10:38 PM
Binodino replied at 17-6-2023 10:07 PM
LPT2 pun nama je highway tapi berombak macam rollercoaster. Macam mana la tak kerap eksiden je kat h ...

Setuju... Masuk aje sempadan terengganu
Seperti berkuda

Quote delia3003 17-6-2023 10:43 PM
Edited by delia3003 at 17-6-2023 10:45 PM
Binodino replied at 17-6-2023 10:07 PM
LPT2 pun nama je highway tapi berombak macam rollercoaster. Macam mana la tak kerap eksiden je kat h ...


Itu pun dah banyak kurang kalau nak dibandingkan masa mula2 bukak dulu, lagi teruk melambung.

Ngeri bila baca kes accident macam ni. Sedihnye, anak2 kecik lagi, sekelip mata hilang tempat bergantung.
Quote Kancilkering 18-6-2023 08:36 AM
patut nye kena reduce speed limit arah ke KT tu….tapi nanti bila nak sampai nyeh…

Quote zehra2 18-6-2023 08:43 AM
kesian nya anak2 kecik lg.
aku ni tgk kehidupan adik2 tiri lps mak depa kawin semula.. mmg la kesian.
masa bpk ada hidup senang. ada bapak tiri, dua2 tggl dgn nenek
Quote imanjannah 18-6-2023 08:46 AM
innalillahwainnalillahirojiun.. semoga Allah mengampunkan dosa2 mereka
Quote pittjie 18-6-2023 09:23 AM
zehra2 replied at 18-6-2023 08:43 AM
kesian nya anak2 kecik lg.
aku ni tgk kehidupan adik2 tiri lps mak depa kawin semula.. mmg la kesia ...

Berapa umur mak tiri ko tu zehra? Ni mesti dpt laki yg mak dia nak, anak2 dia tak mau. Lps tu mak tiri ko pun janji dpt laki .. tinggal lah anak2 kt nenek.
Quote nw111 18-6-2023 09:47 AM
Baca komen anak girl tu pun dh ninggal...tinggal anak boy je tgh fighting for his life..kalau ninggal sekali pun takpe lah...lagi kesian kalau hidup tinggal sebatang kara...kalau jadi oku lagi berganda2 sedih
Quote Burong_Hantuk 18-6-2023 09:49 AM
innalillah....dua2 maseh muda!!!
Quote noor2 18-6-2023 10:40 AM
nw111 replied at 18-6-2023 09:47 AM
Baca komen anak girl tu pun dh ninggal...tinggal anak boy je tgh fighting for his life..kalau ningga ...

Sedihnya....maafla mulut aku yg cabol ni..aku harap yang boy tu pun tuhan ambilla nyawa...kesian sgt hidup tanpa mak ayah
Quote nw111 18-6-2023 12:05 PM
noor2 replied at 18-6-2023 10:40 AM
Sedihnya....maafla mulut aku yg cabol ni..aku harap yang boy tu pun tuhan ambilla nyawa...kesian s ...

Iye..dlm hati iols pun mendoakan camtu sebenarnya...kecik sgt lagi bdk tu nk kena tanggung ujian mcm ni..
Quote CikYaYaYa 18-6-2023 01:06 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.278427 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top