CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Gaduh Pasal Kari Kambing, Gadis Batalkan Perkahwinan

17-6-2023 08:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1228| Komen: 19

New Delhi: Hanya kerana keluarga tunang yang mendesak agar kari kambing disediakan sebagai hidangan di majlis perkahwinan, seorang wanita membuat keputusan untun membatalkan perkahwinannya.

The New Indian Express melaporkan, keberanian wanita itu membatalkan perkahwinan selepas rombongan pengantin lelaki tiba di majlis berkenaan mendapat pujian ramai.


Katanya, majlis perkahwinan itu berlangsung dalam keadaan ‘rumit’ dan terdapat beberapa hidangan bukan sayur-sayuran disediakan untuk keluarga pengantin lelaki serta ahli perarakan perkahwinan.

Bagaimanapun, pengantin lelaki, saudara kandung dan bapanya bertengkar dengan keluarga sebelah perempuan mengenai kari kambing.

“Mereka memarahi ahli keluarga saya mengenai kari kambing pada kira-kira pukul 12.30 pagi (waktu tempatan). Bapa saudara saya bersama ahli keluarga lain memohon maaf dan cuba meyakinkan mereka tetapi mereka tetap mahukan hidangan kari kambing,” katanya.


Gadis itu berkata, dia amat kecewa melihat pengantin lelaki tidak memberi sebarang respons kepada ahli keluarganya mengenai isu tersebut.

“Saya enggan berkahwin dengannya. Siapa tahu, bagaimana saya akan dilayan jika saya berkahwin dengannya dan berada dalam keluarga itu. Saya akan fokus pada pelajaran dan kerjaya saya sekarang,” kata gadis itu. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 17-6-2023 08:59 PM
Jambatan emas dari istana Melaka hingga ke puncak Gunung Ledang
Jambatan perak dari puncak Gunung Ledang ke istana Melaka
Tujuh dulang hati nyamuk
Tujuh dulang hati kuman
Tujuh tempayan airmata anak dara
Tujuh tempayan air pinang muda
Semangkuk darah Raja Muda Melaka iaitu Raja Ahmad Shah


ini baru kari kambing, dah gaduh. noob
Quote Levespa 17-6-2023 09:20 PM
well done girl
Quote dani-rox 17-6-2023 09:51 PM
Saya enggan berkahwin dengannya. Siapa tahu, bagaimana saya akan dilayan jika saya berkahwin dengannya dan berada dalam keluarga itu. Saya akan fokus pada pelajaran dan kerjaya saya sekarang


welcome to your #GirlBoss era

Quote airfilterkotor 17-6-2023 10:04 PM
Senario kat Mesia lain.
Pihak laki nak buat sederhana.
Pihak pompoan nak wedding of the year.

Pihak laki tarik handbrake.
Quote sukacactus 17-6-2023 10:06 PM

Tahniah kerana berjaya mengelak dari jd doormat
Quote Ayda89 17-6-2023 10:16 PM
Kebulur kambing nau family jantan ni
Quote primarikey 17-6-2023 10:39 PM
Ayda89 replied at 17-6-2023 10:16 PM
Kebulur kambing nau family jantan ni

Tu la
Masak la sendiri kt rmh
Pasal kari kambing pn nk gaduh
Memalukn
Quote Manjahati 17-6-2023 10:44 PM
Well done.
Quote Ayda89 17-6-2023 10:53 PM
primarikey replied at 17-6-2023 10:39 PM
Tu la
Masak la sendiri kt rmh
Pasal kari kambing pn nk gaduh

Malu weh orang tanya asal xjd kawin? Sebab family perempuan tanak hidangkan kari kambing. Apo la
Quote mojarean_X 17-6-2023 11:04 PM
Edited by mojarean_X at 17-6-2023 11:05 PM

Congrats sis. Nah lagu ni iols tujukan utk wanita2 yg tahu menghargai harga diri mereka[youtube]JtMUIwOE2ss[/youtube]
Quote zacEfron 18-6-2023 12:07 AM
petang td weolls buat bbq kambing.. lembu.. ayam.. udang.. sodap sgt
Quote Supersirap 18-6-2023 01:03 AM
Kari kambing ni kalau dah sejuk
, makan pun x sedap
Quote spankee_fili 18-6-2023 09:20 AM
airfilterkotor replied at 17-6-2023 10:04 PM
Senario kat Mesia lain.
Pihak laki nak buat sederhana.
Pihak pompoan nak wedding of the year.

Okla jugak sebab lelaki Malaysia akan dapat babu seumur hidup dan pompuan sini mostly kerja untuk kurangkan beban tok laki
Yindia ni dahla pompuan dia bayar dowry, dia jugak yg kena beranak ramai2, kena jadi babu satu family yg kekadang satu rumah ada 30 orang
Untuk apa kahwin dan seksa diri tah
Quote airfilterkotor 18-6-2023 09:47 AM
spankee_fili replied at 18-6-2023 09:20 AM
Okla jugak sebab lelaki Malaysia akan dapat babu seumur hidup dan pompuan sini mostly kerja untuk  ...

Kata kuncinya adalah: Adat.

Yg mana susah/membebankan, kita tinggalkan.
Quote makita 18-6-2023 10:22 AM
Pengantin pompuan ni jenis malas nak bagi semak2 idop. Jenis idop simple2...bagus utk dia
Quote CikYaYaYa 18-6-2023 01:08 PM
Laporrr kari kambing nyaa laaa family belah lelaki tu. Tah pape punyaa pelik laaa perangai
Quote cmf_almondpecan 18-6-2023 01:15 PM
Isu dia lebih dari kari kambing ni. Mungkin sebelum2 ni pompuan ni dah nampak peel keluarga laki tu. Kari kambing ni last straw. Baguslah buat keputusan ni walaupun last minute dah.
Quote KamikuP 19-6-2023 11:00 AM
Bagus pompuan ni tarik hand brake. Fokus pada diri sendiri jahh itu lagi hepi
Quote kucingitam 19-6-2023 12:22 PM
kalau filem p ramlee, dia marah sbb tak de belacan...mmg betullah, makanan boleh buat org bergaduh..lagi2 kalau tgh lapar...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.231721 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top