CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lebih Rindukan Lakonan Berbanding Kerjaya Awan Biru

17-6-2023 08:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2110| Komen: 26

Pelakon, Neera Azizi yang pernah bekerja sebagai pramugari selama setahun mengakui tidak menyesal meninggalkan kerjaya di awan biru dan menjadikan seni sebagai punca rezeki.

Pemilik nama sebenar, Nurazneera Azizi, 25, bagaimanapun puas apabila berjaya merealisasikan impiannya ketika zaman kanak-kanak.



Walaupun mengimpikan kerjaya pramugari sejak kecil namun Neera menyifatkan tindakannya meletakkan jawatan sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan untuk fokus terhadap kerjaya lakonan sebagai keputusan tepat.

Mula bertugas sebagai pramugari pada 2019 selepas tiga tahun bergelar pelakon, keputusan berpindah bidang kerjaya itu bukanlah disebabkan tidak laku sebagai pelakon tetapi demi mengutip pengalaman.

Malahan, ketika bekerja sebagai pramugari pun, Neera masih meneruskan karier dalam bidang lakonan.

"Namun, ia memenatkan sehingga tiada masa untuk berehat. Dan ibu juga memberi pilihan sama ada saya mahu teruskan kerjaya pramugari atau berlakon sepenuh masa.



"Saya pilih lakonan selepas setahun bertugas di awan biru. Namun, saya tidak menyesal kerana saya lebih merindukan dunia lakonan dari bekerja sebagai pramugari.

"Ini kerana jiwa saya lebih kepada dunia lakonan," katanya.

Kata Neera, bertugas awan biru sememangnya lebih memenatkan dari segi mental dan fizikal, berbanding lakonan.

Namun, katanya, kerjaya itu banyak mengajarnya soal pengurusan masa dan memberi keyakinan diri berdepan khalayak.

"Keputusan dibuat ternyata tepat apabila tidak sampai sebulan selepas letak jawatan, dunia diserang pandemik COVID-19 sehingga melumpuhkan sistem penerbangan negara.


"Sebulan selepas berhenti, terus pandemik dan ramai kru kabin diberhentikan. Jadi, ada hikmahnya saya berhenti. Dari zaman sekolah, saya pernah katakan ada dua perkara yang ingin dilakukan iaitu berlakon dan kru kabin.

"Kedua-dua dicapai, jadi setahun sebagai kru kabin sudah memadai bagi saya. Bagi yang tidak tahu, jadi kru kabin sangat memenatkan dan tidak cukup rehat," katanya.

Terbaharu, Neera tampil dengan siri terbitan platform penstriman, Viu berjudul Alter-Naratif dengan menjayakan watak Kina Jaafar.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 18-6-2023 12:16 AM
Kakak dia pon stewardess kan, tapi Kakak dia jauh lagi cantiklah
Quote codenamedream 18-6-2023 12:20 AM
Perawankota replied at 18-6-2023 12:16 AM
Kakak dia pon stewardess kan, tapi Kakak dia jauh lagi cantiklah

Kakak dia lagi cantik n nampak lagi muda.
Quote wirazam 18-6-2023 12:22 AM
Perawankota replied at 18-6-2023 12:16 AM
Kakak dia pon stewardess kan, tapi Kakak dia jauh lagi cantiklah

Siapa kakak dia??
Quote fefeeling 18-6-2023 12:24 AM
Kalau aku baik stay keje as crew leh travel sambil keje kot.. penat tu no.2 la drpd nk jd retis tah pape kt mesia ni.. time ko terbang travel tu pun boleh je usha jerung mana2 buat laki dik
Quote Manusiabesa 18-6-2023 12:38 AM
Klu aku pun lg plih kekal jd stewrdess. Best apa keja tu. Nk dpt punya susah nk pass iv.. keja skjp dh benti rugi nau. Gaji pun masyuk. Cuma i xtahan seksi sgt and serve arak utk non muslim.other than that mmg aku suka gila tgok stewardess. Xcukup inci mcm aku ni mmg awal2 tutup impian. Ya dia xbapa cntik. As i know dorg bkn cari yg cntik. Tp yg ada daya penarik.
Quote LautBiru52 18-6-2023 12:39 AM
Muka dia ni mcm berubah ubah pulak. Kejap bujur kejap bulat. Hahahahah
Quote truesonic 18-6-2023 12:46 AM
tgk jugak la airline app keje
Kalau Middle East punya masuk not
Quote Perawankota 18-6-2023 02:03 AM
codenamedream replied at 18-6-2023 12:20 AM
Kakak dia lagi cantik n nampak lagi muda.

Betul tu.. Dia ni muka agak maskulin
Quote Perawankota 18-6-2023 02:04 AM
wirazam replied at 18-6-2023 12:22 AM
Siapa kakak dia??

Zeera azizi.. Pelakon jugak.. Selalu nampak berlakon under Michael Ang..
Quote Perawankota 18-6-2023 02:06 AM
fefeeling replied at 18-6-2023 12:24 AM
Kalau aku baik stay keje as crew leh travel sambil keje kot.. penat tu no.2 la drpd nk jd retis tah  ...

Agaknya dia stewardess yg tersakiti aka sentiasa dibuli dgn senior kot. Tu yg rela pilih jadik pelakon
Quote TerataiMelur02 18-6-2023 02:06 AM
Maaf la terpaksa cakap..macam bapok
Quote dudaberhias 18-6-2023 03:24 AM
Who iz yuhhhh... Kalau rhoper gini elok teruskan jah kerja stewardess tu nokkk... Kurang2 dapat tangkap pilot.... Kalau ko jadi retis hujung2 dapat tangkap si AR badol gigi jongang macam tikus tu jah... Takpun paling elok ko akan dapat pun jongang macam ucop tu...

Quote TomyamPuteh 18-6-2023 08:30 AM
Kayu yg rindukan lakonan kayu. Haaa gichewww.
Quote Burong_Hantuk 18-6-2023 08:36 AM
who are yussss???
Quote AnnaSendin 18-6-2023 10:06 AM
Pelat. Bercakap pon gedik, berlakon cover cun, kayu. Jadi stewardess baliklah uols.
Quote wirazam 18-6-2023 01:47 PM
Kurang kurang ada salary tetap every month kan
Quote jargon 18-6-2023 05:18 PM
Perawankota replied at 18-6-2023 12:16 AM
Kakak dia pon stewardess kan, tapi Kakak dia jauh lagi cantiklah

Iyo akk dia satu batch meols dekat od few yrs back..smpai covid then dia resign dr od,si neera ni join od…akak dia skrg dah fly dgn mh…
Quote fadz84 18-6-2023 05:21 PM
Perawankota replied at 18-6-2023 02:04 AM
Zeera azizi.. Pelakon jugak.. Selalu nampak berlakon under Michael Ang..

Pernah join Dewi Remaja juga zmn Haneesya mng tu.. tp terkeluar awal..

Compare dari segi muka, mmg Zeera jauh cantik dari Neera ni..

Screenshot_2023-06-18-17-18-00-34_40deb401b9ffe8e1df2f1cc5ba480b12.jpg
Quote Mekgadis16 18-6-2023 08:55 PM
fefeeling replied at 18-6-2023 12:24 AM
Kalau aku baik stay keje as crew leh travel sambil keje kot.. penat tu no.2 la drpd nk jd retis tah  ...

Agreed! Lain la kalau pelakon kat hollywood ke paling pun pelakon kat indonesia ke berbaloi la jugak. Kalau setakat malaysia takpelah. Baik jadi stewardess. Boleh nak jalan2. Duit pun masyukk

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.065071 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top