CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Mohon Maaf Kepada Ibu Saya' - Anak Mangsa Nahas Suke

17-6-2023 07:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2500| Komen: 34

Kuala Lumpur: Kecewa dengan tindakan penunggang motosikal melawan arus kerana melarikan diri selepas kemalangan, anak kepada lelaki yang maut dalam nahas di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Rabu lalu mahu penunggang motosikal yang menjadi punca tragedi itu tampil memohon maaf kepada ibunya.


Menerusi laporan FMT, Muhammad Hafidz Ahmad Fadzil, 36, turut menuntut penjelasan daripada penunggang motosikal terbabit mengapa tidak menghubungi ambulans, sebaliknya terus meninggalkan lokasi.

Hafidz kesal kerana penunggang motosikal itu melarikan diri dari lokasi kejadian tanpa membantu bapanya, Ahmad Fadzil Omar Azzadin, 62.


"Semua orang lakukan kesilapan, tetapi sekurang-kurangnya bertanggungjawab dan memohon maaf kepada kami, terutama ibu saya.

"Jika penunggang motosikal itu membaca artikel ini, sila tampil mohon maaf kepada ibu saya," katanya.


Dalam kejadian itu, mangsa yang menunggang motosikal Ducati Panigale meninggal dunia akibat parah selepas terbabas dan terjatuh dari jejambat SUKE apabila cuba mengelak penunggang motosikal lain yang melawan arus.

Kemalangan itu terakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang kemudian dikongsi di media sosial.

Dalam pada itu, Muhammad Hafidz mengucapkan terima kasih atas doa dan ucapan takziah orang ramai.

Bagaimanapun, beliau merayu pengguna media sosial lebih peka dan berhenti berkongsi sebarang gambar serta klip video nahas membabitkan bapanya itu.

BH hari ini melaporkan penunggang motosikal melawan arus sehingga menyebabkan nahas Rabu lalu itu, tampil membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Kajang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, dilaporkan berkata lelaki berusia 41 tahun dari Kajang, Selangor yang berniaga makanan itu juga sudah dirakam keterangan berkait kes itu.

Setakat ini, katanya, polis sudah merakam keterangan enam orang termasuk suspek berkait nahas kira-kira jam 1.05 tengah hari di Kilometer 22.2 SUKE berhampiran Ulu Kelang itu.


Sumber: FMT

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Imkhai 17-6-2023 08:39 PM
Perlaku dh serah diri kn
Quote Sazreena 17-6-2023 08:44 PM
Mamat tu pun cedera parah
Quote JunkMail 17-6-2023 08:53 PM
Cedera parah pun boleh lari...
Quote sharlenetexas 17-6-2023 09:03 PM
JunkMail replied at 17-6-2023 08:53 PM
Cedera parah pun boleh lari...

Macam cite tamil.


Quote Carcosa 17-6-2023 09:17 PM
Eh binatang. Dah salah jalan tu, kau cari jalan boleh UTurn, babi. Bkn suka2 makbapaknenek kau, lawan arus. Kau ingat, masa kau je penting? Masa org lain tak penting? Kau je nk cepat? Apa special nya kau? Bangsat dah hidup 41 tahun pun masih bodoh bebal. Semoga kau mampos masuk penjara. Or business makanan kau lingkup, hutang banyak lepas tu kena bunuh AhLong.
Screenshot_20230617_211308_Chrome.jpg
Quote bunnyj3lly 17-6-2023 09:27 PM
Carcosa: Eh binatang. Dah salah jalan t ...


Thank you for speaking up my mind...
Quote gekkou 17-6-2023 09:42 PM
cedera parah tak cacat kan
ini hilang nyawa sbb kau
same goes pada kereta kalau dah terlepas simpang gigih plak reverse
bangkai
Quote sukacactus 17-6-2023 10:08 PM
Cedera je ke
Tak mampus la pulak
Quote MissVixen 17-6-2023 10:10 PM
Babi pemalas ni bukan takat motor, kereta pun ada. Dah terlepas simpang boleh kau nak reverse kereta jauh2. Bukannya susah pun nak uturn depan tu. Manusia macam ni patut dibatalkan lesen. Selfish mengalahkan setan.
Quote Miss_LoveLeen 17-6-2023 10:53 PM
Td lalu jalan ni. Di tempat kejadian ada satu spot tu terdapat satu baju atau jaket yg diikat pada besi penghadang tepi jalan. Meolss rasa kat situ la tempat arwah terbabas. Sedih pula rasa. Al fatihah
Quote syamzana 17-6-2023 11:00 PM
Carcosa replied at 17-6-2023 09:17 PM
Eh binatang. Dah salah jalan tu, kau cari jalan boleh UTurn, babi. Bkn suka2 makbapaknenek kau, lawa ...

teruk juga cedera dia ni, patah sana sini tp masih mampu melarikan diri
Quote delia3003 17-6-2023 11:17 PM
Agaknye belum berani lah tu untuk telefon/jumpa sebab dah buat salah besar kan? Tapi tu lah, hilang 1 nyawa yang tak bersalah. Orang  lain yang buat silap tapi orang lain pulak jadi mangsa, dah banyak kes macam ni.


Laluan I balik kg ni, terus je keluar Ulu Kelang, malas nak redah jem mrr2. Memang cantik lah pemandangan area yang nampak city centre tu
Quote elnor_81 17-6-2023 11:18 PM
Sket je cedera nk banding ad nyawa melayang. Blh lak ko lari kan..cm x logik je cedera cmtu lari..
Quote newyork 17-6-2023 11:28 PM
Dah viral baru hegeh nak serah diri..cedera sebab salah ko jugak la..gi la depan kat simpang Ukay tu ada U turn..eh gerammnya.
Quote Zeatyisaac 18-6-2023 05:13 PM
Cedera parah sebab sendiri, wajarlah. Yang meninggal tu sebab orang lain.
Kalau tak diberi hukuman sewajarnya, ramailah yang melawan arus sakgi.
Quote tom2 19-6-2023 02:19 AM
Bukan takat mintak maaf, harap lesen ko kena tarik sebab dengan sengaja memandu dalam kecuaian. Lepas tu bagi pampasan kat bini dan anak mangsa.
Quote Suchi 19-6-2023 06:59 AM
Carcosa replied at 17-6-2023 09:17 PM
Eh binatang. Dah salah jalan tu, kau cari jalan boleh UTurn, babi. Bkn suka2 makbapaknenek kau, lawa ...

Aik cedera parah tp boleh lak bawak motor balik umah ke? Dia tak tunggu ke kat situ?

Quote Suchi 19-6-2023 07:01 AM
delia3003 replied at 17-6-2023 11:17 PM
Agaknye belum berani lah tu untuk telefon/jumpa sebab dah buat salah besar kan? Tapi tu lah, hilang  ...

Sama laaa, sbb sini tak jem. Balik kg time raya lalu  pun aman je tak byk keta.
Tp lepas kejadian ni ntahlaa memikir jugaa laa ni
Quote bottombikini 19-6-2023 07:44 AM
MissVixen replied at 17-6-2023 10:10 PM
Babi pemalas ni bukan takat motor, kereta pun ada. Dah terlepas simpang boleh kau nak reverse kereta ...

port yg keta selalu reverse yg exit ke mont kiara hala ke tol duta tu
begitu jauh terlepas pun gigih nak reverse
hiway patut selalu check cctv and bagi pada polis  

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.144595 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top