Kuala Lumpur: Seorang pegawai polis disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan melawan arus di Jalan Cheras di sini, kelmarin. Menurut sumber, lelaki berusia 35 tahun itu juga menunjukkan isyarat lucah terhadap anggota polis yang memeriksanya.
Kejadian berlaku kira-kira 4 pagi semasa dua anggota polis sedang bertugas dan melihat sebuah kereta Perodua Myvi dipandu secara melawan arus. "Anggota terbabit mengekori kenderaan berkenaan dan mengarahkan pemandu berhenti. "Pemandu dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan semasa anggota mahu menjalankan pemeriksaan, lelaki itu enggan memberikan kerjasama dan menunjukkan isyarat lucah," katanya. Sumber berkata, anggota kemudian menahan pemandu itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk siasatan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin mengesahkan penahanan pegawai terbabit.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber: Harian Metro
|
Thunderclouds replied at 17-6-2023 08:46 PM
Ape.
Igt prc ngn kicap ja ka reti mabuk?
Melayu isley xreti mabuk²?
kemaruk replied at 17-6-2023 07:03 PM
Dah tau dah leluhur mana
Benar kata orang tua
ADVERTISEMENT