CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki 19 Tahun Jual Bekas Isteri Ditangkap Polis

17-6-2023 06:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 429| Komen: 2

Riau: Seorang lelaki berusia 19 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan tetap sanggup menjual bekas isterinya dengan harga kira-kira RM77 (RP250,000).

Portal berita Kumparan melaporkan, suspek, Muhammad Iqbal Habib ditangkap di Wisma Cemara, Riau Indonesia pada 16 Jun.


Menurut pihak berkuasa, suspek ditahan ketika menjual isterinya yang berusia 18 tahun kepada seorang lelaki.

Suspek ditahan selepas melakukan transaksi menjual bekas isteri.

Ia susulan laporan polis berhubung aktiviti pemerdagangan orang di Wisma Cemara.

"Dari maklumat tersebut, pasukan kami terus ke lokasi dan menemukan suspek. Dia ditahan untuk siasatan lanjut," ujarnya.

Suspek kemudian menunjukkan bilik 209 yang didiami mangsa.

"Hasil pemeriksaan, suspek menawarkan bekas isterinya kepada seorang lelaki dengan harga RM77. Dia akan mendapat keuntungan RM46 (RP150,000) bagi setiap transaksi yang dilakukan.


"Dia juga mengaku tidak mempunyai pekerjaan tetap sehingga terpaksa menjual bekas isteri," tambahnya.

Pun begitu, mangsa mendakwa dia pernah dijual kepada dua orang lelaki melalui aplikasi MiChat.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 18-6-2023 01:56 AM
bekas isteri. kalo masih isteri pn tu bkn property dia utk dijual. baik ko jual lubang bontot jelah bro
Quote cikatilia 19-6-2023 09:58 AM
mak aii ko pon baru 19 dek
jahanam sungguh jual2 anak org
ko ingat patung ke

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.671944 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top